Sunday 1 May 2011

reka cipta



Kalakian, pada petang hujung minggu lepas, ketika saya dan seorang kawan minum disebuah kedai makan.  kawan itu bertanya, bagaimana nak menjadi "seseorang" dalam dunia ni.. Ada berjuta-juta manusia lahir setiap hari, persaingan untuk menjadi terbaik adalah semakin kuat. Dia bertanya kepada saya, tiada jalan pintas ke kalau nak jadi "seseorang"?

Jadi, sebagai, seorang kawan yang jarang menghampakan soalan yang bukan-bukan dari kawan itu, Saya pun mengerahkah otak saya untuk berfikir dan menjawab soalan itu dengan jawapan yang dimahukan kawan saya itu. Hahaha, itulah kebiasaan saya, suka menjawab apa yang orang mahu dengar. Bukan menjawab berdasarkan apa yang orang tak suka dengar.

Saya mendefinisikan dahulu "seseorang" itu. "Seseorang" dalam kontek soalan kawan saya itu adalah seseorang yang yang berjaya, dikenali ramai dan sejarah akan memahat nama orang itu. Paliang tidak pun ada dalam wikipedia. Ok, ade dua bentuk seseorang dalam dunia ini, satu "seseorang" yang dikenali dengan peribadi yang baik, dan "seseorang" yang kedua dikenali dengan kejahatannya.

Jadi, apa persamaan mereka? Apa yang membuat mereka menjadi "seseorang"? Bagi saya ada 2 perkara yang membuat mereka terkenal,

1. USAHA
2. PERANCANGAN

Baiklah, kita mulakan dengan contoh yang jahat dahulu. Contoh yang senang, Adolf Hitler, Fuhrer Jerman. Walaupun, sampai sekarang semua orang membenci dan mengeji dia, tetapi perlu diingat, dia adalah, "seseorang". Sebagai antara pencetus Perang Dunia ke 2, pembantai dalam peristiwa Holocaust, dia juga adalah seorang nasionalis Jerman yang terulung. banyak dasar2 nasionalisme yang membuatkan dia terkenal. Dan die terkenal bukan semata2 kerana dia kejam, die terkenal juga denagn kebijaksaan dia menyusun strategi perancangan.

Ok, untuk contoh yang baik pula kita lari dari politik, macammane dengan Albert Einstein? Pengasas teori relativiti yang menyanggah teori newton ini amat terkenal dengan kebijaksanaan dia sebagai seorang teoris.
Sampai sekarang nama beliau disebut. Kemudian, kawan saya itu bertanya lagi, mampu ke kalau kita yang iQ nya tidak sehandal Einteins, karisma tidak sebaik Hitler untuk menjadi "seseorang". Banyak pulak kawan saya ni tanya. hehe

Jadi, bagaimana ya,. Baiklah, kita mulakan dengan teori angka. Senang, siapa yang mencipta nombor? ok, soalan yang susah. Tapi, saya tahu bahawa sebelum ketamadunan emas Islam pada zaman kekhalifahan dahulu, yakni, dari zaman yunani sehingga zaman kejatuhan rom, angka kosong atau pun zero, tak pernah wujud. Jadi, ada dikalangan cendekiawan Isalam inilah yang mengusulkan angka kosong dan infiniti. Jadi, secara ilmiahnya, perkara ini bukanlah satu perkara yang sukar.

Saya mengusulkan kepada kawan saya itu, untuk mereka angka yang baru selepas 5 dan sebelum 6. Kaget kawan saya mendengar. Dia bertanya lagi, bagaimana tu wahai shazwan? Ok, begini, cuba sebut angka dari 1 sehingga 10. Kawan saya sebut 1,2,3,4,5,6.7.8.9.10.

ok, sekarang, cube sebut satu perkataan yang orang jarang sebut. Kawan saya kaget lagi dan mempersoalkan  
arahan saya itu. Setelah dibebelkan sekejap, dia kembali akur dan mengusulkan perkataan "sepiau" adalah perkattaan baru..

Jadi saya pun, memberitahu, itulah angka yang baru, nombor "Sepiau" nombor antra no 5 dan 6.  Jadi sekarang, urutan nombor yang baru adalah..

12,3,4,5, Sepiau, 6.7.8.9, 10, 11. 12. 13, 14, 15, Sepiau belas, 16. 17....dan seterusnya..

Kawan saya, tergelak besar. Saya memandangnya dengan wajah yang serius dan bertanya, "kenapa ketawa?"
kamu tidak bersetujukah dengan nombor baru ini?  Bukankah kamu yang reka. Dia menjawab sepiau belas, dua puluh sepiau,  tiga puluh sepiau,  sepiau ratus adalah sangat buruk bunyinya.

Saya bertegas, inilah permulaan memang sgt sukar untuk diterima. Tetapi, kalau kamu mahu jd seseorang itulah yang kamu kena usahakan. Jangan cakap saja, usaha dan merancang. Semua yang tak mungkin, bangang, atau bodoh ini akan jadi kenyataan. Dia terdiam, memandang sinis dan meninggalkan saya keseorangan membayar sunquick ais yang telah habis diminumnya.....

No comments:

Post a Comment