Saturday 24 September 2011

Terlalu ego untuk mengaku...




Setelah 12 tahun! Inilah kali pertama saya terasa homesick(malu nk ngaku tp skang ni tgh homesick teruk ni). Last time saya homesick tika saya kat Smaasza. Memang sgt2 terasa nak balik rumah. Tapi ketika tu, rumah saya dekat jer, tp still saya tak balik sebab disiplin asrama. Tapi arini len mcm, bangun2 tido jerr, terasa jantung direnggut pilu(haha..sissy gilerr). Tapi tu la, tak pernah2 rasa mcm ni, tiba2 jadi pulak. Sebetulnya saya dah 6 tahun merantau di utara ni. Saya dah biasa dengan kehidupan saya disini. Jadi ttg perasaan keselesaan tu bukan menjadi masalah bagi saya. Mungkin tekanan tempat praktikal mencetuskan perasaan bangang tidak keruan ini. Untuk meredakan perasaan menggila ni, saya calling individu yg rapat dgn saya, bap,sepupu dan kawan. Kawan saya mencadangkan, "U should get a gf bro, or else u ll endup gay". Walpak! Nasib baik die jauh, kalu x, dah lame kene makan pelempang. Kalu ikutkan hati, mmg la saya nak ada makwe, tapi nak uat camner, dah masa ni masa single. Bukan rezeki saya lagi kot. Tapi tu la, kalu ade awek pown, bukan senang nak menghapus perasaan homesick ni, Jadi, saya tulis blog arini untuk meredakan perasaan ini. Kadang2 tu, saya tergelak sendirian, dah tua-tua pown nak homesick lagi. Apa daa~ 

Seringkali..

Seringkali

2 hari ni asyik dgr lagu ni. Lagu dah lame, tp baru tahu, agak best jugak.

Monday 19 September 2011

Apabila kehampaan itu bukan sekadar ketiadaan..



Seperti membezakan antara keinginan dan kesanggupan, dua perkataan yang berkait rapat dengan pencapaian. Keinginan kelihatannya bebas dari komitmen, tidak ada ikatan janji dan lebih mudah diwujudkan. Berlainan dengan kesanggupan, ia hadir dengan keberanian dan kenekadan. Maka kewujudannya amat jarang. Berbalik kepada kehampaan, ia bukan sekadar ketiadaan, Kehampaan dapat dicerna, dan ditelan. Bezanya, menelan dan mencerna kehampaan ini tidak mengenyangkan. Ia tidak mampu mengisi kebuluran hati. Ia hanya meluaskan lagi ruang pengharapan. 

"kudos to syahida hassan, she s a talented writer."

Friday 16 September 2011

Infineon..



..mula bekerja 1 hari selepas saya balik dari cuti beraya dikg membuatkan saya terfikir, adakah ini kehidupan perantau lain memikul dunia pekerjaan? Hampeh dan sedikit menyedihkan, sungguh  tak puas hati. Seriusly, itu yang saya dpt katakan skang, meskipun masih belum sepenuhnye saya bekerja, tetapi, itulah pendapat saya. Bahkan, terdapt beberape kwn saya semasa beraya aritu bertanya2 ttg peluang pekerjaan di Terengganu, masing2 sudah bosan dengan kehidupan perantauan. Semua rindukan kehidupan dikg. Saya pun berpendapatt demikian, namun, saya tahu, sebagai seorg manusia biasa, saya xmampu memiliki semua ape yg sy kehendaki. Mesti ade yg patut dikorbankan untuk mencapai sesuatu. Saya xnafikan, inilah pekerjaan yg saya inginkan selama ini. Engineer. Itulah cita2 saya setahun yg lepas, sebelum ini, kehidupan saya adelah tanpa haluan, dan kurang bercita2 tinggi. Semuanya terima kasih kepada kerja Security guard(or abah call it "jaga") membuatkan saya tahu dan mahu menceburkan diri dlm dunia seorg Jurutera.