Friday 27 May 2011

senyummu itu

senyummu itu

berpaling aku dari kenyataan
tatkala melihat senyummu itu
indah..
sungguh indah
sungguh indah senyummu 
yang tak pernah aku lihat

halusinasi menampakkan imej
tapi senyummu itu tiada imej
cuma indah dalam fikirku

ku
melihat senyummu dalam fikirku
dalam imaginasi yang tiada berimej ini....

Wednesday 25 May 2011

Tak guner punyer Gunner!!!



Saya adalh seorg penyokong Arsenal yang extreme!! Saya mengaku, dan amat arif, tak ada apa faedah dan keuntungan pon jadi fan football team ni, especially team luar, tapi itulah, diri saya ni, sudah sedar dan tahu, tapi tak pandai nak serik. Hahahaha, dah 7 tahun arsenal tak menang ape!! aduyaiiiii!! dah 4 helai jersi beli, punye la support, tiap2 weekend pi tgk match..(hehhe kat astro lerr, xkan la kat emirates :P) Paling beshh, taun depan, clichy, denilson nagm fabregas dah cabut gi klab lain. Tp tu laaa, mmg saya ni dilahirkan degil kot, still ada perasaan kesetiaan dihati untuk terus percaya pada kemampuan klab ni, especially arsene wenger!!
harap2 season depan lekat gak satu cup



IN ARSENE WE TRUST!!!

Friday 20 May 2011

Love confession is a declaration of war....



Ungkapan ini, saya ambil dari sebuah manga bertajuk Kimi No Iru Machi. Sangat sangat menarik, walaupun manga itu adalah jenis bacaan yg ringan, tapi ungkpan ini membuatkan sy berfikir dalam.. Kenapa byk org kaitkan cinta dan perang ini dua benda yang sama sifatnya. Selain ungkapan itu, ade lagi ungkapan ini, "There is nothing wrong between love and war", yang ni selalu kita dengar. Tiada yang salah diantara cinta dan peperangan. Maksudnya dalam berperang dan bercinta tiada apa yang ada salah betulnya, yang penting outcome at the end. Urmm.. ungkapan ini amat machiovillian(arap2 betul saya eja tu :p) Kiranya, merancang,menipu, adalh dibenarkan dalam berperang dan bercinta. Saya tidak bersetuju dengan ungkapan ini, tetapi itulah realiti moral apabila bercinta dan berperang, tidak boleh setulus2nya, nanti kita akan berada di tempat yang kalah. ok, berbalik kepada ungkapan tajuk diatas.."Love confession is a declaration of war". Sifat kedua2nya sama. Bukan senang nak confess cinta dan nak declare perang ni. Sebelum nak buat, kena fikir betul2, tak leh nak main redah jer. Sebab taruhannya sangat besar nilainya iaitu "Jiwa". Ketika nak confess cinta dan declare perang, penconfess dan pendeclare tu mesti dah ade perasaan yang mendesak bahawa dia akan menang dalam pertaruhan besar itu. Bukan mudah sesungguhnya, tapi apabila sampai masa dan waktunya, yang mana apabila tidak dapat dielakkan lagi. Ia akan dilakukan juga, samada apa jenis perasaan pon, bimbang, gembira, takut, berani ia tetap juga perlu dilakukan. dan ia dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Secara direct atau indirect, yang penting sampai maksudnya. Semoga suatu hari nanti kalau saya berpeluang samada confess cinta atau declare perang, saya kan lakukannya pada orang yang mempunyai perasaan yang sama dengan sya. Kerana, saya yakin perasaan ditolak cinta ini sememangnya sama teruknya dengan kalah dalam peperangan sebenar..

Friday 13 May 2011

0530..




..skang 0530 dan saya tidak dapat tidur lagi..dua3 arini, berseronok jer. tgk movie kat pangung, main game FM, tgk movie kat laptop, call adik2.tp entahlah, hati ni pulak tidak berasa seronok, rasa kosong..ada orang kata, isilah hati itu dengan sesuatu, kerohanian, kegembiraan ciptaan sendiri. Boleh jerr kalu setakat nak isi, tapi boleh stay ke semua tu?

 Itulah apa yang kita manusia tidak boleh kawal, ketetapan hati. Hati ini kita bole isi, dan kita mapu mengawal pengisian itu, tetapi untuk membiarkan ia tetap dgn isian itu dan boleh terus berhidup dengan isian itu, adalah mustahil. Hati ini adalah, seprti enjin, dan enjin memerlukan bahanapi untuk terus hidup. Kita boleh kawal bahanapi itu untuk prestasi enjin, kita bole pakai ron95 atau ron97, kita bole pilih, tapi untuk berharap bahanapi itu terus berada dalam enjin itu tanpa luak, itu adalah mustahil. Jadi, apa bahan api untuk hati adalah? 

Saya tak berani menetapkan secara spesifik bahan api utuk hati, tapi sya dapat rasa ada 2 jenis bahanapi utuk hati, pertama, yang tak tahan lama, dan kedua, jenis yang tahan lama. Jenis yang pertama,, kita boleh kawal sesuka hati kita, senang didapati, contoh filem, makanan, result exam yang bagus, dan bergurau senda denagn kwn2. Kita tentu akan rasa gembira dan seronok tapi, itulah, perasaan ini tidak kekal lama. Ia perlu isian semula.

Jenis yang kedua, jenis yang tahan lama, ia tentunya berkaitan dengan perasaan, yang berbekas dihati, Ia tentu sekali, tidak dapat dikawal dengan mudah, itulah thrill dan faktor membuatkannya berbekas kuat didalam hati. Ia adalah bahanapi yg berkualiti,tidak seprti jenis yang pertama, kita mampu membeli dan mendapatkannya, semudah yang itu, jenis yang kedua ini, tentu sekali kita tidak mampu membeli atau berusaha mendaptkannya. That's the beauty of its. That things is come naturally, itu yang mahal. hurrrmmm.. skang 0530 dan saya tidak dapat tido lagi...

Sunday 8 May 2011

Sangat sangat Gumbira..........



Alhamdulillah, syukur, Entri ini mengenai kegembiraan saya setelah berjaya lulus dalam presentation FYP Bachelor ni, Terlalu banyak sangat rintangan dan kepayahan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sudahlah kena represent, present time nak final exam plak tuh, Teruk2. Di sini saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada Supervisor saya En Khairul shahril, Panel En Zainal dan Encik Akmal. Kerana beri saya peluang kedua. Terima kasih banyak encik.

hahahah, walaupun ade 2 paper lagi, esok dan lusa(genting gilerrr tuhh) tapi saya still rasa sgt2 happy kerna melepasi presentation tu.  Ade kawan saya bertanye apa tahap kegembiraaan kamu tu? Saya bertanya balik, ape yang dimaksudkannya, dia ckp, kamu gembira seprti...? Saya masih tidak faham, lalu meminta dia bagi contoh lalu die listkan beberapa contoh.

1. Saya gembira seperti saya baru lepas eksiden tp kereta saya tak calar langsung.
2. Saya gembira sperti saya baru dapat jd pakwe kepada  awek yg dah lama saya idam2 kan,
3. Saya sgt gembira sekarang sehingga kalau ade mane2 perempuan yang nak settle down nagm saya, saya nescaya akn hantar rombongan peminangan.

owhh, itu rupanya maksud kwn sy, saya dapt rasakn ketiga3 contoh itu contoh yang sgt gembira, lalu saya cuba mereka kegembiraan sya sendiri.

1. saya rasa sgt gembire sehingga, kalaulah sy ade awek, dan awek tu mintak putus dgn saya, saya akan still rasa sgt gembira.
2. Saya rasa sgt gembira sehingga kalu ade sape lempang saya, saya takkan marah kepada org tu.

Kawan saya termangu2. Dia megkritik saya dengan mengatakan cara pemikran sy sgt negatif dan kompleks, Walaupun sy kurang berstuju dengan kritikan die tu, tp ade betulnye jugak, kenapa sy tidak memilih yg simple seprti "saya rasa sgt gembira sehingga saya nak pergi ke kfc, dan mkan kat kfc" bukankah itu lebih simple. Giliran saya pulak termangu2..

kawan sy tersenyum,berkata, kamu patut cakap td yg lebih simple dan positif.iaitu

"SAYA RASA SANGAT GEMBIRA TADI SEPERTI SAYA BARU SAJA MELEPASI PRESENTATION FYP"

hahhahaha, saya sgt bersetuju dengan kata kawan saya itu...




Sunday 1 May 2011

reka cipta



Kalakian, pada petang hujung minggu lepas, ketika saya dan seorang kawan minum disebuah kedai makan.  kawan itu bertanya, bagaimana nak menjadi "seseorang" dalam dunia ni.. Ada berjuta-juta manusia lahir setiap hari, persaingan untuk menjadi terbaik adalah semakin kuat. Dia bertanya kepada saya, tiada jalan pintas ke kalau nak jadi "seseorang"?

Jadi, sebagai, seorang kawan yang jarang menghampakan soalan yang bukan-bukan dari kawan itu, Saya pun mengerahkah otak saya untuk berfikir dan menjawab soalan itu dengan jawapan yang dimahukan kawan saya itu. Hahaha, itulah kebiasaan saya, suka menjawab apa yang orang mahu dengar. Bukan menjawab berdasarkan apa yang orang tak suka dengar.

Saya mendefinisikan dahulu "seseorang" itu. "Seseorang" dalam kontek soalan kawan saya itu adalah seseorang yang yang berjaya, dikenali ramai dan sejarah akan memahat nama orang itu. Paliang tidak pun ada dalam wikipedia. Ok, ade dua bentuk seseorang dalam dunia ini, satu "seseorang" yang dikenali dengan peribadi yang baik, dan "seseorang" yang kedua dikenali dengan kejahatannya.

Jadi, apa persamaan mereka? Apa yang membuat mereka menjadi "seseorang"? Bagi saya ada 2 perkara yang membuat mereka terkenal,

1. USAHA
2. PERANCANGAN

Baiklah, kita mulakan dengan contoh yang jahat dahulu. Contoh yang senang, Adolf Hitler, Fuhrer Jerman. Walaupun, sampai sekarang semua orang membenci dan mengeji dia, tetapi perlu diingat, dia adalah, "seseorang". Sebagai antara pencetus Perang Dunia ke 2, pembantai dalam peristiwa Holocaust, dia juga adalah seorang nasionalis Jerman yang terulung. banyak dasar2 nasionalisme yang membuatkan dia terkenal. Dan die terkenal bukan semata2 kerana dia kejam, die terkenal juga denagn kebijaksaan dia menyusun strategi perancangan.

Ok, untuk contoh yang baik pula kita lari dari politik, macammane dengan Albert Einstein? Pengasas teori relativiti yang menyanggah teori newton ini amat terkenal dengan kebijaksanaan dia sebagai seorang teoris.
Sampai sekarang nama beliau disebut. Kemudian, kawan saya itu bertanya lagi, mampu ke kalau kita yang iQ nya tidak sehandal Einteins, karisma tidak sebaik Hitler untuk menjadi "seseorang". Banyak pulak kawan saya ni tanya. hehe

Jadi, bagaimana ya,. Baiklah, kita mulakan dengan teori angka. Senang, siapa yang mencipta nombor? ok, soalan yang susah. Tapi, saya tahu bahawa sebelum ketamadunan emas Islam pada zaman kekhalifahan dahulu, yakni, dari zaman yunani sehingga zaman kejatuhan rom, angka kosong atau pun zero, tak pernah wujud. Jadi, ada dikalangan cendekiawan Isalam inilah yang mengusulkan angka kosong dan infiniti. Jadi, secara ilmiahnya, perkara ini bukanlah satu perkara yang sukar.

Saya mengusulkan kepada kawan saya itu, untuk mereka angka yang baru selepas 5 dan sebelum 6. Kaget kawan saya mendengar. Dia bertanya lagi, bagaimana tu wahai shazwan? Ok, begini, cuba sebut angka dari 1 sehingga 10. Kawan saya sebut 1,2,3,4,5,6.7.8.9.10.

ok, sekarang, cube sebut satu perkataan yang orang jarang sebut. Kawan saya kaget lagi dan mempersoalkan  
arahan saya itu. Setelah dibebelkan sekejap, dia kembali akur dan mengusulkan perkataan "sepiau" adalah perkattaan baru..

Jadi saya pun, memberitahu, itulah angka yang baru, nombor "Sepiau" nombor antra no 5 dan 6.  Jadi sekarang, urutan nombor yang baru adalah..

12,3,4,5, Sepiau, 6.7.8.9, 10, 11. 12. 13, 14, 15, Sepiau belas, 16. 17....dan seterusnya..

Kawan saya, tergelak besar. Saya memandangnya dengan wajah yang serius dan bertanya, "kenapa ketawa?"
kamu tidak bersetujukah dengan nombor baru ini?  Bukankah kamu yang reka. Dia menjawab sepiau belas, dua puluh sepiau,  tiga puluh sepiau,  sepiau ratus adalah sangat buruk bunyinya.

Saya bertegas, inilah permulaan memang sgt sukar untuk diterima. Tetapi, kalau kamu mahu jd seseorang itulah yang kamu kena usahakan. Jangan cakap saja, usaha dan merancang. Semua yang tak mungkin, bangang, atau bodoh ini akan jadi kenyataan. Dia terdiam, memandang sinis dan meninggalkan saya keseorangan membayar sunquick ais yang telah habis diminumnya.....