Tuesday 16 June 2015

Nasi Pulut







Jadi, kenapa mlm ni aku terdetak hati utk menulis... Jadi persoalan, persoalan, persoalan dan pengulangan. Jadi ingin aku tegaskan disini disamping faktor geram, faktor ramadan adalah juga menjadi salah satu faktor kenapa aku menulis mlm ni.(escapism, alasan bodoh, tipu diri sendiri, )

I wonder y,  setelah ak jatuh cinta teruk pada "fauziah gous" tempohari, and things goin south,  saya telah menjadi sgt negatif terhadap diri sendiri. Sy tidak boleh salahkan sesiapa. INI ADALAH SALAH SAYA. Dan sy sudah sedikit demi sedikit menerima kekalahan ini dgn kekesalan yg mendalam.

Adakah saya mahu menyesal lagi, ???


Persoalan dan Pengulangan lagi....




Cliche kalau ak cakap.. "alaa.. Bersawang la blog i, bla2... Lama xupdate.. Bla2    Hahaha...





Saturday 19 April 2014

Taktikal Menjadi Lebih Baik Chapter 1- Melangsingkan tubuh


                        
    

Taktikal Menjadi Lebih Baik ini akan aku bahagikan kepada beberapa Chapter. Sebetulnya, aku sepatutnya menjadikan Pembaikian Rohani sebagai Chapter 1, tetapi aku masih tidak yakin dan excited lagi bercerita tentang perubahan pola ibadah aku. Kerna ia masih yoyo yg tidak stabil lagi. Nanti bila sudah tidak kecamuk, aku akan bercerita.

Malam ni aku tak mau tulis dan ceritakan tentang kegila-cintaanku(hehe), Walau itu lah yang menjadi inti-pati hidup aku sejak2 2menjak ni(SadButTrue). Tapi aku ingin menceritakan taktikal aku mengurangkan berat badan yg obes ini.

Sebetulnya, aku masih belum langsing lagi, bahkan masih terlalu jauh untuk dipanggil kurus. Tapi, biarlah aku bercerita. Semua ini bermula sejak adikku Wani pulang berpantang di rumah. Dia mengesyorkan aku memakai bengkung perempuan pasca beranak. Agak pelik dan janggal jugakla kan, lelaki straight memakai bengkung perempuan bersalin. Pada mulanya aku menolak, tp entah macam mana, aku terpakai jugak. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, dgn usaha menyapu gel halia yusmira dan pakai bengkung ketat, perut aku yg boroi jd kurang boroi(masih boroi).

Mula pada itu, aku buat research sikit, belajar baut senaman Crunch, belajar diet, and most of all, aku kurang makan nasi. Alhamdulillah, aku menjadi kurus sikit, dlm masa 2 bulan dah byk baju yg dulu tak padan, dah mula padan.(dulu aku kurus, jadi byk baju lama yg boleh pakai balik).

Walaubagaimanapun, sejak minggu lepas, aku dah jadi kurang berdisiplin, makang nasi semacam. Jadi bounce effect, berat aku jadi naik sikit(aku tak timbang tapi aku tahu ia naik). Senaman dan diet rutin tidak sepatutnya berhenti, kalau berhenti, begitulah jadinya. Tidak boleh ikut mood, disiplin mesti ada, walau macammana pun 5 kali semimggu minimum kena jogging. Yang jadi problemnya, aku sukar kawal diri aku terhadap godaan ais, tambahan lagi musim panas/kemarau ni. Susahhhhhh

Bagi aku, idola langsing adalah artis Kpop. hahahaha!! cam janggalkan aku sembang kpop. Tp itulah realitinya, mmg bentuk tubuh mereka cantik dan senang muat byk pesen baju.. aku suka.. Terkesima bila aku research ttg BMI diorg..
======================================================================

BMI KPOP Artist

Thin- Very Very Thin
TEEN TOP - Weight: 55.1kg, Height: 175.1cm, BMI = 18
MY NAME – Weight: 57.6kg, Height: 178.4cm, BMI = 18.1
SHINee – Weight: 58.0kg, Height: 178.8cm, BMI = 18.1
LEDApple – Weight: 60.0kg, Height: 181.0cm, BMI = 18.3

Normal (but still on the skinny side):
CNBLUE –  Weight: 62.0kg, Height: 183.0cm, BMI = 18.5
INFINITE – Weight: 58.8kg, Height: 177.8cm, BMI = 18.6
ZE:A –         Weight: 59.1kg, Height: 178.2cm, BMI = 18.6
Twilight –     Weight: 59.7kg, Height: 178cm, BMI = 18.8
TVXQ -      Weight: 62.4kg, Height: 181.2cm, BMI = 19.0
B1A4 –       Weight: 61.6kg, Height: 179.4cm, BMI = 19.1
F.T. Island - Weight: 59.8kg, Height: 176.6cm, BMI = 19.2
X-5 -          Weight: 66.4kg, Height: 186.2cm, BMI = 19.2
Block B –   Weight: 60.7kg, Height: 177.4cm, BMI = 19.3
CHAOS –  Weight: 61.8kg, Height: 179.0cm, BMI = 19.3
JYJ –          Weight: 62kg, Height: 179.3cm, BMI = 19.3
Big Bang – Weight: 60.8kg, Height: 177.2cm, BMI = 19.4
TOUCH - Weight: 62.0kg, Height: 179.0cm, BMI = 19.4
AA -         Weight: 64.0kg, Height, 180.6cm, BMI = 19.6
N-Train – Weight: 61.0kg, Height: 176.6cm, BMI = 19.6
Co-Ed School – Weight: 65.2kg, Height: 182.6cm, BMI = 19.6
Dalmation – Weight: 61.0kg, Height: 176.6cm, BMI = 19.6
B2ST –    Weight: 61.1kg, Height: 175.6cm, BMI = 19.8
U-KISS - Weight: 64.4kg, Height: 180.5cm, BMI = 19.8
MBLAQ – Weight: 63.2kg, Height: 178.4cm, BMI = 19.9
SS501 - Weight: 65.4kg, Height: 181.2cm, BMI = 19.9
Supernova – Weight: 66.6kg, Height: 183.0cm, BMI = 19.9

YAY! Groups with a BMI greater than 20!
F.CUZ – Weight: 66.3kg, Height: 182cm, BMI = 20.0
BoM – Weight: 64.5kg, Height: 179.0cm, BMI = 20.1
Super Junior – Weight: 64.2kg, Height: 178.0cm, BMI = 20.3
B.A.P - Weight: 65.1kg, Height: 178.8cm, BMI = 20.4
2AM - Weight: 67.5kg, Height: 181.1cm, BMI = 20.6
M.I.B - Weight: 67.2kg, Height: 179.2cm, BMI = 20.9
2PM - Weight: 69.1kg, Height: 180.8cm, BMI = 21.1

Overweight:
0

BMI Classifications:
Under Weight: < 18.50
Normal: 18.50 – 24.99
Overweight: > 25.00
Obese: > 30.0
========================================================================

BMI aku plak 31!!!!!!!

Subhanallah, memalukan yg amat.. Mmg berat badan aku ni dah menjadi masalah peribadi dah ni, haritu ade ujian pemeriksaan fisikal tuk jawatan n17 pegawai imigresen, setelah meresearch, ak dpt tau, sesape yg bmi dier 30 dan keatas, dihalau balik camtu jer,, aku pun tak jadi pergi la ke ujian tu... huhuhu..
Jadi, aku mmg perlu mengurangkan berat badan aku sebelum ia terus menerus menurunkan nilai Index kebahagiaan hidup aku. Aku mmg kuat makan dan suka makan. tp nampknya aku dah kena slow2 dah, sebb dah 28 tahun aku tak pantang makan(time sunat xkira) pastu sampai bila aku nak terus gemuk. Dulu kurus ok je, kan. MAma selalu bimbang akan kencing manis, sebb mmg aku ni dah berisiko aka highly suspected diabetis, so far alhamdulillah, kandungan gula masih ok, 5.5.. tk tinggi sgt.target aku 22.. so dari 31 ke 22, gilerr ahh target.. mustahil.. Mustahil yang aku ingin Nyatakan.. hehe.. jadi setelah aku buat pengiraan di kertas,sebab tinggi aku 1.69m,  target berat aku kena
66kg!!!!

Ya Allah, permudahkanlah kehidupan aku seharian, kurangkanlah berat badan aku, jadikanlah aku salah seorang dari hambaMu yang sihat dan cerdas dan kuat beribadat. Amin..






x

Sunday 12 January 2014

Seusai yakin jatuh cinta



Apabila ku keseorangan, tentu aku teringatkanmu. Sejak aku jatuh kepadamu, diri ini ingin menjadi kebih baik, ingin menjaga solat, jaga penampilan diri, ingin jadi lebih kurus. jadi lebih positif. Subhanallah, aku tiada percaya kepada diriku lagi, aku jatuh cinta kepadamu, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari aku mengingatimu. Ingin sahaja aku mengirimkan text setiap masa. Aku obses terhadap dirimu, sehinggakan sekiranya ak terpandang kepada gadis lain, wajahmu yg terpapar, setiap kali aku menonton tv drama, wajahmu yg kulihat. Allahuakbar, aku baru mengetahui dirimu memandu Myvvi, dan semenjak itu setiap Myvvi yang melaluiku, kuterasa dirimu yg memandu Myvvi itu, ada berapa belas ribu Myvvi melaluiku.

Subhanallah, untuk pertama kali dalam hidupku, aku gila bayang. dan pada malam ini aku mengaku yakin.  Telahku cuba tuk mendekatimu, dan dirimu hanya memandangku sebagai orang sekerja, Sampaikan aku hanya sekadar bertanyakan umur pun, kamu tidak mahu berterus terang. Dulu sebelum aku jatuh, aku pernah bersikap dingin padamu, mengatakan hpmu sudah lama, menyuruhmu membeli hp baru, siapa sangka, kali ini aku pula yg terkena. Aku amat menyintaimu. Sehinggakan untuk beberapa pagi kebelakangan ini, aku terbangun awal kerana jantungku berdegup kencang mengingatimu. Ngilu jantung ini hingga terasa hendak termuntah pucat.

Rakan2 sekerja mempersendakanku apabila mengetahuiku, aku jatuh cintakanmu. Sukar untuk menafikannya, namun aku nafikan juga atas dasar bimbang akan menyusahkan hatimu. Maafkan aku cintaku sudah membebanimu. Subhanallah, maafkan aku. Dirimu bukanlah cinta pertamaku, tetapi untuk kali ini, aku terukk menyintai, tiada pernah gadis lain aku cintai sehebat cintaku padamu. Apabila akalku cuba melunturkan cinta ini, hatiku keras melindungi Cinta ini, dan apabila hatiku cuba melunturkan cinta ini, akalku keras mempertahankan Cinta ini.

CINTA ini

''Apabila akal cuba melunturkannya, hati ini keras melindungi, dan apabila hati cuba melunturkannya, akalku keras mempertahankan"



Aku hilang fokus. aku bimbang kegilaan melandaku, aku mahu mendekatimu, tapi bimbang ia cuma akan menjarakkan lagi jarak yang sedia jauh.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. wujudkanlah jodohku dengan sidia, dan berkatilah silaraturrahim ini, Kau rahmatilah silaturrahim ini dengan jutaan hikmah, dan jutaan rahmat, dan tetapkanlah jodoh ini sehingga Jannah, sesungguhnya aku mencintai sidia dan inginkan dia, Ya Allah, tiada tempat untukku meminta selain dariMu.,"

Amin,,



^pelik bila aku baca balik entry ini, bahasa hati beginilah kot, bersimpang siur dan One-sided.... urmmmm..tapi bila berdoa, jelas dan terang hati ini.. Alhamdulillah.^

Tuesday 5 November 2013

Love Struxx in Monsoon Season




Ok, Apa yang terjadi sekiranya anda jatuh cinta. Bestkan. Lagi best kalau dah bertahun2 hati anda kosong dan tiba2, BOOMM!! Cinta datang. Syukur Alhamdulillah. Jiwa anda hidup, di'ignite'kan dengan CINTA. Dan apabila anda sudah berumur sedikit, anda tidak boleh meng'expect'kan tinggi. Anda lebih waras, anda tahu ia tidak akan terjadi. Anda akan takut untuk berharap kerana ia tentu sekali tidak adil.

Gembira dengan hati anda yang hidup, anda juga akan berharap si'Dia" gembira. Itu yang paling penting. Walaupun anda tentu tidak mudah bersetuju dengan ungkapan 'Mencintai tidak semestinya Memiliki'. Tapi anda pasti dalam kewajaran dalam hidup ini. Jangan mencuba merosakkan perhubungan, anda boleh mencuba, tetapi sekiranya si'Dia sudah memberi hint memilih untuk tidak. Adalah wajar menghormati keputusannya. Further action only damaging your soul.

Cinta ini boleh membuatkan saya tersenyum kenyang selalu. Alhamdulillah syukur. Memikirkan senyumannya dan telatah lucu comelnya sudah menceriakan hidup. 

Macam bodoh pun ada tajuk entri ni. Dah 2 tahun tak menulis, entri mcm ni yang aku tulis yer, Teruk-teruk. Sekarang ni musim tengkujuh. Last aku menulis musim tengkujuh 2 tahun lepas. huhu. Si'Dia' ada iras-iras dengan Fauziah Gous dlm gambar ni. Bukan Cinta pandang pertama. Saya dah byk kali jumpa dgnnya. Kerja dengannya. Tapi sejak whatsapp. Saya rasa saya sukakan telatahnya. Dia malu apabila saya mengatakan wajahnya iras-iras Fauziah gous, dan menidakkan pendapat saya, akhirnya dia mengaku yg gambar diatas tu dia pernah guna di FB. Everyone has his/her own charm, sometimes, the most insecure or the proudest thing, is your charm. DAN SAYA SANGAT2 GEMBIRA IA TERJADI PADA MUSIM TENGKUJUH.


::owwhhhsayajatuhhatilagi::

Saturday 15 December 2012

Musim Tengkujuh...

                                      



Musim tengkujuh selalu mengujakan aku. Dengan taburan hujan 4 hingga 5 hari seminggu, sudah lebih dari cukup untuk membuatkan aku menjadi girang. Aku girang disebabkan pada musim begini, suasana akan menjadi redup dan sejuk. Suasana inilah yang aku dambakan. Pada masa ini, aku selalunya berada dalam rumah melihat hujan turun sambil mengenangkan masa silam dan sesekali terlelap dalam selimut. Benarlah bebelan mamaku, musim tengkujuh ini sesuai dengan orang yang bersifat malas seperti aku. Walaubagaimanapun, tidak semua penduduk di pantai timur ini sependapat dengan aku. Musim tengkujuh ini bukanlah musim keseronokan mereka. Bahkan mereka jauh dari gembira melalui musim yang juga dipanggil musim bah ini. Musim bah ataupun tengkujuh biasanya berlaku pada 2 bulan penghujung tahun iaitu November dan Disember, dan kadang-kadang melarat sehingga awal bulan Januari. Seperti tahun-tahun sebelumnya, monsun timur laut ini membawa hujan yang banyak dan persekitaran yang basah. Keadaan ini membawa kepada bencana seperti banjir dan penyakit berjangkit. Ramai penduduk yang berada di tanah yang rendah terpaksa berpindah ke pusat penempatan mangsa banjir sementara menunggu air surut. Suasana ini tentunya menyusahkan ramai orang. Dan keadaan menyedihkan lagi dengan berlaku korban akibat banjir yang sentiasa ada dari setahun ke setahun.

Musim tengkujuh adalah musim yang sukar bagi penduduk berpendapatan rendah. Mereka ini terdiri daripada nelayan, pekebun kecil, dan buruh binaan.   Laut bergelora kuat memustahilkan nelayan untuk menangkap ikan. Pada musim ini, mereka lebih senang membaiki pukat yang koyak dan perahu yang bocor. Tidak banyak yang boleh mereka lakukan pada musim ini, ikan pun tidak boleh di jemur dek persekitaran yang redup dan ujan yang turun. Bagi pekebun kecil pula, musim ini adalah musim yang sukar. Pokok getah tidak boleh ditoreh untuk mendapatkan susunya. Peluang untuk mengutip jagung dan menggali ubi pun menjadi jarang kerana hujan yang terlalu lebat menyukarkan kerja-kerja pertanian. Seperti juga nelayan dan pekebun kecil yang miskin, pekerja binaan juga mempunyai masalah yang sama. Tidak banyak projek binaan berani diseliakan oleh kontraktor pada masa ini. Di samping faktor kesukaran melakukan kerja binaan pada waktu begini, faktor keselamatan pekerja juga perlu diambil perhatian yang serius. Keadaan yang basah dan licin bakal mengundang bahaya kepada pekerja.              
         
Guruh jarang kedengaran pada musim bah. Tidak seperti hari-hari hujan biasa, guruh dan kilat tentu sekali membawa alamat dahulu, sebelum hujan turun. Persekitaran  sejuk lembap, nyanyian sumbang katak dan keritan cengkerik membawa aku kepada ingatan aku pada masa silam ketika aku masih dibangku sekolah. Hari pertama persekolahan aku adalah hari yang hujan, sungguh bangga aku pada waktu itu. Apa tidaknya, pengalaman pertama menyarungkan uniform sekolah ke tubuh aku oleh mamaku mengalahkan pengalaman menyarungkan pakaian konvokesyen universitiku. Apa bagusnya majlis konvo itu, disamping majlis protocol yang meletihkan. Aku berasa kasihan juga kepada canselor, naib canselor dan dekan yang tua itu menahan diri mereka daripada tertidur demi menjaga imej baik golongan atasan dalam pengajian tinggi.
          
Bapaku menghantar aku dengan motosikal kesekolah. Dengan tangan kiri memegang payung, dan tangan kanan mengemudi ‘handle’ motorsikal , bapaku membonceng aku kesekolah yang jaraknya dalam 2km dari rumah. Dari rumah lagi, mamaku berpesan supaya hati-hati kesekolah nanti, kerana kemeja putih ini senang sekali dinodai kekotoran. Setelah sampai ke sekolah, dan mengetahui lokasi kelas aku. Aku berjumpa dengan kawan-kawanku. Aku menjadi kegirangan apabila mengetahui kawan-kawan tadika yang rapat denganku juga ditempatkan dalam kelas yang sama dengan aku. Ketika berlari kecil dengan rakan-rakanku, aku menjadi kurang berwaspada dan terpijak lubang Lumpur dan habis kasut putihku bertukar warna coklat. Seperti yang aku jangka, teruk aku dimarahi mamaku setelah tamat persekolahan hari itu. Kenangan persekolahan seperti itu terlalu manis untuk aku melupakan.
          

Hujan masih turun. Bahkan makin lebat lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, musim hujan ini membawa sama selera makan aku. Pada musim hujan, biasanya bapaku akan merebus ubi untuk dimakan dengan air kopi pekat. Ada ubi ‘setele’, kayu, keledek, dan ubi besar. Tiada juadah yang lebih istimewa daripada ubi rebus panas-panas dan air kopi pekat pada musim ini. Adik perempuanku memanggil aku ke ruang tamu. Terdapat sepinggang ubi goreng dan seteko teh diatas meja. Bapa dan mamaku sudah menunggu di kerusi ruang tamu untuk menikmati minum petang bersama-sama. Walaupun ubi ‘setele’ ini tidak direbus, dan air yang dihidangkan bukan kopi, ia sudah cukup membuat aku kecur air liur ditambah lagi ubi goreng ini dicicah dengan sos keropok lekor.  Urmmm... sangat nostalgik..

Wednesday 18 July 2012





"NaElyanor"

Merenungmu dari jauh
Meledakkan sejuta keinginan
100ribu Jumpa
100ribu Renung
100ribu Bicara
100ribu Sentuhan
100ribu Soalan
500ribu Jawapan...

Saturday 10 December 2011

Mencari apa yang tiada

Di dalam pencarian apa yang tiada
Seringkali diketemui kesia-siaan

Teruskan, Memaksa
Tentu saja takkan dijumpai
Kalau yang dicari itu tiada

Wujudkan, Ciptakan
Barulah ada dijumpai