Sunday 12 January 2014

Seusai yakin jatuh cinta



Apabila ku keseorangan, tentu aku teringatkanmu. Sejak aku jatuh kepadamu, diri ini ingin menjadi kebih baik, ingin menjaga solat, jaga penampilan diri, ingin jadi lebih kurus. jadi lebih positif. Subhanallah, aku tiada percaya kepada diriku lagi, aku jatuh cinta kepadamu, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari aku mengingatimu. Ingin sahaja aku mengirimkan text setiap masa. Aku obses terhadap dirimu, sehinggakan sekiranya ak terpandang kepada gadis lain, wajahmu yg terpapar, setiap kali aku menonton tv drama, wajahmu yg kulihat. Allahuakbar, aku baru mengetahui dirimu memandu Myvvi, dan semenjak itu setiap Myvvi yang melaluiku, kuterasa dirimu yg memandu Myvvi itu, ada berapa belas ribu Myvvi melaluiku.

Subhanallah, untuk pertama kali dalam hidupku, aku gila bayang. dan pada malam ini aku mengaku yakin.  Telahku cuba tuk mendekatimu, dan dirimu hanya memandangku sebagai orang sekerja, Sampaikan aku hanya sekadar bertanyakan umur pun, kamu tidak mahu berterus terang. Dulu sebelum aku jatuh, aku pernah bersikap dingin padamu, mengatakan hpmu sudah lama, menyuruhmu membeli hp baru, siapa sangka, kali ini aku pula yg terkena. Aku amat menyintaimu. Sehinggakan untuk beberapa pagi kebelakangan ini, aku terbangun awal kerana jantungku berdegup kencang mengingatimu. Ngilu jantung ini hingga terasa hendak termuntah pucat.

Rakan2 sekerja mempersendakanku apabila mengetahuiku, aku jatuh cintakanmu. Sukar untuk menafikannya, namun aku nafikan juga atas dasar bimbang akan menyusahkan hatimu. Maafkan aku cintaku sudah membebanimu. Subhanallah, maafkan aku. Dirimu bukanlah cinta pertamaku, tetapi untuk kali ini, aku terukk menyintai, tiada pernah gadis lain aku cintai sehebat cintaku padamu. Apabila akalku cuba melunturkan cinta ini, hatiku keras melindungi Cinta ini, dan apabila hatiku cuba melunturkan cinta ini, akalku keras mempertahankan Cinta ini.

CINTA ini

''Apabila akal cuba melunturkannya, hati ini keras melindungi, dan apabila hati cuba melunturkannya, akalku keras mempertahankan"



Aku hilang fokus. aku bimbang kegilaan melandaku, aku mahu mendekatimu, tapi bimbang ia cuma akan menjarakkan lagi jarak yang sedia jauh.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. wujudkanlah jodohku dengan sidia, dan berkatilah silaraturrahim ini, Kau rahmatilah silaturrahim ini dengan jutaan hikmah, dan jutaan rahmat, dan tetapkanlah jodoh ini sehingga Jannah, sesungguhnya aku mencintai sidia dan inginkan dia, Ya Allah, tiada tempat untukku meminta selain dariMu.,"

Amin,,



^pelik bila aku baca balik entry ini, bahasa hati beginilah kot, bersimpang siur dan One-sided.... urmmmm..tapi bila berdoa, jelas dan terang hati ini.. Alhamdulillah.^

No comments:

Post a Comment