Friday 29 April 2011

still river run deeps..



Belasan tahun lepas, pada masa saya masih di bangku persekolahan lagi, saya ada membeli majalah Quest. Masa tu, harga Quest tidaklah mahal sangat, RM2  dan mungkin harganya lebih rendah. Majalah dalam Bahasa Inggeris ini, banyak memuatkan cara-cara menguasai bahasa Inggeris. Sebenarnya, saya tidaklah membeli tiap-tiap bulan, bahkan seingat saya, saya hanya beli majalah itu tak lebih dari 4 kali. Saya lebih selesa pada waktu itu membeli komik komik Jepun seperti Dragin Ball dan Dragon Quest.Tapi, ade sesuatu yang mengesankan tentang majalah itu.

 Sesuatu yang saya ingat sampai sekarang. Pada tiap tiap mukasurat majalah itu, ade ditulis kata-kata hikmah. Ada satu kata-kata yang saya ingat sampai  sekarang. "Still river run deeps", untuk pertama kali saya  baca, memang saya tidak faham. Pengetahuan bahasa inggeris saya pada waktu itu amat cetek(sekarang pun masih cetek sebenarnya). Saya langsung tidak dapat mentafsirkan maksudnya.

 Pada masa itu, saya fikir maksud ungkapan itu adalah, "sungai masih mengalir dalam". Saya fikir ia membawa maksud yang dalam. Hemat saya berfikir, ungkapan ini mungkin mengenai perjalanan hidup ini mesti dilalui jua, walaupun apa rungut,kebencian, kegembiraan yang dilalui. Kehidupan dan masa mesti bergerak, samada kita mahu, tidak mahu. 

Dan apabila saya mula menyambungkan diploma saya, ungkapan itu kembali menghantui saya, benarkah apa yang saya fikir itu? Betulkah anggapan saya terhadap ungkapan itu, adakah benar translasi maksud yang saya fikirkan itu. Pada masa tersebut, saya bertanyakan kepada kawan saya akan maksud yang tersirat dalam ungkapan ini. Dia pada mulanya, keliru dengan fragment ayat ini, dan tidak berani memberi pendapat, bahkan bertanya balik kepada saya. Tentang, di mana saya dapat, dan betulkah apa yang saya tanya ini. Betulkah majalah Quest pernah menerbitkan ayat ini. Hahahha, nampaknya sama-sama tidak pandai. Usaha saya terpaksa ditangguh lagi. 

Sehinggalah pada suatu hari, saya terfikir untuk betul-betul memahami ungkapan ini. Saya mengambil dan memahami beberapa definisi untuk perkataan "Still" melalui kamus. Saya dapati, perkataan ini banyak berkisar kepada "tenang", "statik" dan pegun. Jadi, saya perahkan otak saya, untuk mendalami maksudnya. Tiba-tiba, saya terfikir untuk menukar arah pemahaman saya dan cuba menterjemah secara mentah, jadi, ungkapan itu menjadi, "tenang sungai mengalir dalam", kemudian saya menyusun kembali ayat tersebut menjadi, "sungai tenang mengalir dalam". Urmm, kenapa ada ungkapan sebegini. Apa yang pengungkap ini cuba untuk sampaikan. Saya terus berfikir tentang tabii air sungai. Pengaliran air sungai biasanya berbeza sifat kekuatan aliran. Aliran bawah permukaan selalunya lebih laju dari aliran permukaan. 

Saya bagaikan terasa kejutan letrik, barulah saya sedar, apa ungkapan ini mahu sampaikan. Ungkapan ini, mahu kita sedari yang walaupun pada fisikal aliran air sungai itu kelihatan tenang dipermukaan, tetapi sebenarnya, aliran sungai itu bergerak laju dibawah permukaan. Ungkapan Inggeris ini sinonim dengan ungkapan melayu, diam diam ubi berisi dan air yang tenang, jangan sangka tiada buaya. Walaupun, sebenarnya, kedua2 ungkapan ini membawa maksud yang berbeza, tetapi pada anggapan saya, kedua peribahasa itu mendefinisikan "Still River run deeps".

maka pencarian saya berbelas tahun itu sudah membuahkan kejayaan..(berjaye le sgt..hehhe). Membuatkan saya terfikir, bagaimana saya pada masa dulu boleh terpesong pemahaman dan menganggap ia adalah satu ungkapan yang berat. Ia sebenarnya bukanlah satu ungkapan yang sukar difahami, cuma, perlu diketahui tentang tabii istimewa aliran sungai itu, Mungkin inilah yang dipanggil, proses kematangan. Sudut pandangan hidup, tidak patut dilihat pada sesuatu yang berat dan sukar dicerna sahaja, ia juga perlu dipandang dengan mudah dan ringan, barulah ia menepati hukum variasi alam.

Wednesday 27 April 2011

simpan saja air matamu itu



simpan saja air matamu itu


tangis yang disengajakan
dek kerna kesunyian diri
pintamu simpati perhatian
dari seorang yang bukan

simpan saja air matamu itu
walau ia senjata ampuh
di medan pertempuran perasaan

air mata lucumu itu,

sentiasa membuatku tersenyum
sendirian,
menceriakan hari hariku
escapismku pada kelelahan hidup

aku tak pernah rasa 
resah atau bosan terhadap
kegilaanmu terhadap musalman
kecintaanmu kepada si polan,
cerita ceriti kehidupanmu
kisah kenakalan si sellamu itu

tak kutahu 
adakah itu memang sikapmu
atau
bumi Afrika merubah dirimu
merubah personalitimu menjadi
comel dimataku

hahahhaa...
kalaulah aku punya kemampuan
definisikan comel itu
tentu hadiah nobel 
kugenggam tahun depan..

ketahuilah mu
aku sedang tersenyum 
tersenyum tika menulis puisi ini
:)

Sunday 24 April 2011

fakhroll



fakhroll

dan apabila ngiauanmu membisik
memanggil merayu meminta
secebis kasih kemanusiaan
maka tidak bukanlah jawapanku

benar,
aku bukanlah manusia mulia
yang jujur, bersih hatinya 
laksana air zam zam
yg lahir dari pijakan Ismail a.s
bukanlah berjiwa Nuh a.s yang kental
sabar dan gigih mebina bahtera

aku punya kemanusiaan whai sang fakhroll!!
bukan memuji diri
kemanusiaan itu bukan satu pujian..
tp kesinisan kepada yang tiada
pengejian pada yang berperikebinatangan

benar kata makcik mu itu,
walau manusia itu asalnya jijik,
dan suatu masa kembali menjadi bangkai
tapi tak pernah mahu sedar

akan kemanusiaan itu satu keistimewaan
dari Allah s.w.t yang tiada tara nikmatnya
sehingga malaikat sujud hormat
itulah harga kemanusiaan


hahaa..musalman
kau berwatak lelucon
alter ego dari sang fakhroll
bagai aur dan tebing
tak dpt dipisahkan, 
tak dpt didefinisibarukan

tidur...tidur tidur laa sang fakhroll
zaman mudamu pendek amat
berseronok kamu tika masa muda

kerna

pabila esok menjelang
akan kau jumpa
binatang berperikemanusiaan
dan manusia berperikebinatangan..


(puisi kedua dlm blog ini, ditujukan kepda seekor kucing yg bernama fakhroll, bangang tapi ok jer pada yang faham...)

------ini link fakhroll kat u tube.... http://www.youtube.com/watch?v=rDjxPp32JTQ

Saturday 23 April 2011

Hari yang panjang....

Pernahkah kamu melalui hari yang panjang? Sehari yang kamu rasakan lebih dari 24 jam. Bukan, ini bukan entri cinta, yang mengenai kesabaran penungguan kekasih yang tak kunjung tiba. Ini adalah entri bagaimana nasib malang merelativitikan masa.

Mengharungi satu hari malang yang bertimpa-timpa, adalah satu perkara yang amat memerlukan kesabaran yang tinggi. Bersikap positif adalah penting pada masa tersebut. Cara yang lain berkesan adalah, mentertawakan nasib yang malang itu. Seperti yang saya kata, sesiapa yang mengharungi nasib malang itu akan merasakan masa yang dilalui itu amat lama. Jadi, dengan mentertawakan nasib malang itu, hati anda akan menjadi lebih tenang dan masa yang anda akan rasakan tidak lah terlalu lama.

Friday 22 April 2011

Sayap matahari S.M Zakir


Setiap hari wujud penemuan baru dalam hidup ini. Bukan kepalang gembiranya saya apabila mendapati penulis kesukaan saya mempunyai blog dia yang tersendiri. Penulis yang saya maksudkan adalah S.M Zakir. Beliau mengarang blognya iaitu Sayapmatahari. Tiada perkataan yang dapat saya men"describe"kan penulis ini kecuali "WOWW!!". Walaupun, sebenarnya saya mengaku diri ini tidaklah membaca semua penulisannya, tetapi antologi cerpen yang dikeluakan DBP belasan tahun yang lepas telah mempengaruhi sebahagian besar corak pemikiran saya terhadap kehidupan. Antologi yang saya maksudkan adalah Merengkuh Langit. Setelah saya membaca blognya tadi, saya mendapati terdapat banyak lagi hasil karyanya yang telah beliau keluarkan. Insyaallah, saya akan borong kesemuanya nanti(hehehe). 

Saya juga mendapat tahu, beliau telah menjawat sebagai setiausaha agung PENA, iaitu salah satu persatuan penulis yang terkemuka di negara. Tahniah saya ucapkan. Ada 3 cerpen yang masih melekat kuat dalam ingatan saya, iaitu Kisah icarus, Seorang tua dan lautan, dan ada satu cerpen yang mengenai Rawana. S.M Zakir adalah seorang penulis yang pandai mengadaptasikan kisah2 epik dan menterjemahkan dalam versinye tersendiri dan juga dalam gaya bahasa dia yang hebat. Ya, apa yang membezakannya dia dengan penulis yang lain adalah gaya bahasanya yang indah. 

Saya terfikir kenapa dia menamakan blognya sebagai Sayap matahari, mungkin ia tercetus dari idea kisah icarus.  Kisah manusia terbang dengan bulu burung yang dililinkan pada seluruh badannya, dan semakin tinggi dia terbang semakin dekat dia denagn matahari dan akhirnya dia mati terhempas kerana lilinnya cair, itulah padah tidak mengikuti pesanan bapanya. Urmm, mesti banyak lagi karya2 beliau yang bagus patut saya baca.

Monday 18 April 2011

Jalan yang jarang dilalui..


saya rasa terpanggil untuk menulis blog arini, dulu time spm dlm english subject, kita ade belajar english literature, dlm component poem tu ade satu poem yang tajuknyer, "The road was not taken", penulis die saya pon dah lupa,(robert frost atau guy maupassant? lupe lak) acty tajuk tu pon, agak2 jerr. rasenyer betul kot. Poem tu ttg kehidupan dan peluang. Poem tu sgt2 mengesankan saya, membuat saya berfikir ttg hidup ini ade byk cabang dan laluan. Terserah kepada kita nak ambil jalan mana, ade yg dekat, lurus, dan senang dilalui tetapi ramai org menggunakan jalan tu. Maka, kebiasaanye jalan macam tu mesti sudah byk org explore. Ade juga jalan yg bengkang bengkok, sukar dilalui tapi jarang org guna.  Jalan2 yg mcm ni biasanye penuh kemisterian dan tanda tanya. Sesiapa yg berani mengexplore jalan2 mcm ni akan kebiasaanya akan berjaya kerana berfikir out of the box dan berani melakukan ape yg org lain tak berani atau terfikir untuk melakukan. Settiap perkara pon ade risk dier, xsemestinyer, melalui the less travel road ni akan sentiasa membwakan kejayaan, kadang2 tu padah yang datang melanda... Pada saya itulah kehidupan, xsentiasanye manis, ade juga pahitnyer...pahit manis, masam masin, kene telan jugakkan.. sya pernah terbaca ade yg berkata "Takkan sedap manis itu kalau tidak merasakan pahit"

Saturday 16 April 2011

Life Is Not Always Fair



Life is not always fair,
It will have its ups and downs,
And the good times and the bad.

Life can be exciting and filled with joy,
Or life can be hard and filled with fright.

Life can be filled with many feelings,
The feelings could be confusing at times,
And at other times be clear.

Life will include many decisions,
And some will be major,
But most will be minor.

The decisions made during your life
Will take you down many paths.

The pathway of life you choose to take,
Will determine whether
Or not you will have
A good or bad life.

The decisions you make will
Carve your future and
The decisions you make can
Either help you or hurt you.

Friday 15 April 2011

saya dan musik....



first and foremost., nape saya? nape xpakai aku? hehheh... urmm.. sebab da mula nk jd matang ni, kene la sopan skett. Ok, kali ni saya nak citer sket pasal kehidupan dan musik.Sebab blog ni pon saya namekan dari aku kepada aku, soo, memang la blog ini agak "keakuan" dan syok sendiri, saya tulis ni, untuk saya baca sendiri di masa depan. Haha, saya mula dr zaman kecik. Masih saya igt zaman saya kecik dulu, saya suka dengar lagu Isabella, time tu kecik lagi. Besar sket, saya minat lagu KRU, memang minat gilerr la kat diorg time tuu, Lagu2 cam balada jiwa, Dua, Enuff is enuff dan byk lagii memang jd lipsynch laa..hahha baru darjah 3 tuu..

Time masuk ting 1, ak denagr plak lagu2 boyband cam Westlife, backsteetboy, dan N'sync, hahahaha, ok perrr.. best gak lagu diorg, urmm then, naik form2 sy tiba2 je jd fanatik Green Day. Hahaha.. sampai sume album green day saya beli,, da la time tu xberduit sgt. Tp tu laa, suke punya pasal.. so, saya ni time tu, peminat punk rock. Urmm, tiba2 terigt. urmm, pernah ade kwan pompuan bagi hadiah befday album green day, warning.. huhuhu.. xsangke, hahaha, yg kelakanyerr, die terus terang bgtau saya, die bagi ni bersebb jugak. Die nak suruh ex bf die jeles, aduhhhh, kene lagi aku, terpaksa la melibatkan diri dlm cinta 3 segi ni, hampeh betull. Tp tu laa, nyaris2 nak begaduh ak ngam mamat tu pasal pompuan ni, kesian saya, dah la xminat pon kat pompuan tu, jadi mangsa keadaan plak.. tapi ok laa, berbaik balik la diorg. Haahaha,, tp tu la
Green day yg baru ni, kureng laa, dah xbest cam dulu,,

So, saya masuk form 4, time tu saya jd radio friendly, selalu dengr lagu dlm hits.fm.. woo,, best woooo.. mase tu jugak ak tau pasal band2 underground kat mesia. Byk la saya dgr, butterfinger, OAG, nice stupid playground, damn dirty ape,,, n byk lagi laaa.. Urmm. band luar, blink 182, sum 41, soad, coldplay. radiohead, oasis, aduhh,, byk laa...

pahtu masuk u, say slow sket....kot, aku dgr jerr.. saya blaja accept byk genre lagu... dan tidak memilh sgt lagii, tp tu laa, saya jd minat lagu2 yg slow ni.. cam norah jones......bestt kan...urmm, huhuhu, acty saya bukan peminat lagu rock kapak, lagu isabella pon sebab time2 kecik, 



hahhaha.. nostalgic plak rase, rase cam kisah hidup di musikalkan,,hahhha, 

HIDUP JOZAN!!! MAHARAJA LAWAK...........

Thursday 14 April 2011

tukar name blog..



salam..hahha, arini aku tukar name blog. Sebab name blog asal kurang matang la,,, "ramai ke lelaki tulis blog?"  hahahaha, memang ramai pon, aku je xtau. Ye la ak bukan pandai sgt pon mende2 alah ni, plus, mende2 camni tiap2 tahun pon update.. so, ak da 2 tahun kebelakang ni hehhe.. kene catch up..Tu baru internet, musik pon ape kurgnyerr, ade ke patot, aku baru tau semlm ade band reggae kat mesia ni yg besst, Pure vibracion... aduhaiiii, hampeh tuull, nape la baru tauu,, best tuu lagu dierr, lagu mi gal, lonely, love and soulja boi,, besttt gilerrr... urmmm hahhaha, bile ak fikir balik ttg diri aku,, hahahhaha

hampeh gilerrrr....




err, xtau nape, sejak2 2menjak ni.. mood ak ok jerr, walaupun skang ni ak kesulitan(final year syndrome)....hahhah..layan jerr :p

Saturday 9 April 2011

old Buds!!!



its been a while, dah lama tak tulis bloG. Seronok hujung minggu ni, jumpa member sekolah lama. Siapa sangka, stelah 7 tahun berpisah, semlm baru boleh berjumpa. Yang kelakarnya, byk betul halangan, baru bole jumpa. Salah venue la., parking space xde la.. traffic jam la..hahahahaa.. Aku pulak sabar je la tunggu dr masuk maghrib sampai Isya.. hahaha. Tapi tu la, berbaloi la penungguan, dpt jumpa member sekolah. Ye la, bukan ramai pon saing2 sekolah duk belah2 Penang ni, ramai duk belah2 KL. Yang seronoknyerr, bile kita tgk kwn kita sudah berjaya, kita pon tumpang rasa gembira. Bagus kawan yg xlupa kawan nii..