Saya juga mendapat tahu, beliau telah menjawat sebagai setiausaha agung PENA, iaitu salah satu persatuan penulis yang terkemuka di negara. Tahniah saya ucapkan. Ada 3 cerpen yang masih melekat kuat dalam ingatan saya, iaitu Kisah icarus, Seorang tua dan lautan, dan ada satu cerpen yang mengenai Rawana. S.M Zakir adalah seorang penulis yang pandai mengadaptasikan kisah2 epik dan menterjemahkan dalam versinye tersendiri dan juga dalam gaya bahasa dia yang hebat. Ya, apa yang membezakannya dia dengan penulis yang lain adalah gaya bahasanya yang indah.
Saya terfikir kenapa dia menamakan blognya sebagai Sayap matahari, mungkin ia tercetus dari idea kisah icarus. Kisah manusia terbang dengan bulu burung yang dililinkan pada seluruh badannya, dan semakin tinggi dia terbang semakin dekat dia denagn matahari dan akhirnya dia mati terhempas kerana lilinnya cair, itulah padah tidak mengikuti pesanan bapanya. Urmm, mesti banyak lagi karya2 beliau yang bagus patut saya baca.
No comments:
Post a Comment