Friday 13 May 2011

0530..




..skang 0530 dan saya tidak dapat tidur lagi..dua3 arini, berseronok jer. tgk movie kat pangung, main game FM, tgk movie kat laptop, call adik2.tp entahlah, hati ni pulak tidak berasa seronok, rasa kosong..ada orang kata, isilah hati itu dengan sesuatu, kerohanian, kegembiraan ciptaan sendiri. Boleh jerr kalu setakat nak isi, tapi boleh stay ke semua tu?

 Itulah apa yang kita manusia tidak boleh kawal, ketetapan hati. Hati ini kita bole isi, dan kita mapu mengawal pengisian itu, tetapi untuk membiarkan ia tetap dgn isian itu dan boleh terus berhidup dengan isian itu, adalah mustahil. Hati ini adalah, seprti enjin, dan enjin memerlukan bahanapi untuk terus hidup. Kita boleh kawal bahanapi itu untuk prestasi enjin, kita bole pakai ron95 atau ron97, kita bole pilih, tapi untuk berharap bahanapi itu terus berada dalam enjin itu tanpa luak, itu adalah mustahil. Jadi, apa bahan api untuk hati adalah? 

Saya tak berani menetapkan secara spesifik bahan api utuk hati, tapi sya dapat rasa ada 2 jenis bahanapi utuk hati, pertama, yang tak tahan lama, dan kedua, jenis yang tahan lama. Jenis yang pertama,, kita boleh kawal sesuka hati kita, senang didapati, contoh filem, makanan, result exam yang bagus, dan bergurau senda denagn kwn2. Kita tentu akan rasa gembira dan seronok tapi, itulah, perasaan ini tidak kekal lama. Ia perlu isian semula.

Jenis yang kedua, jenis yang tahan lama, ia tentunya berkaitan dengan perasaan, yang berbekas dihati, Ia tentu sekali, tidak dapat dikawal dengan mudah, itulah thrill dan faktor membuatkannya berbekas kuat didalam hati. Ia adalah bahanapi yg berkualiti,tidak seprti jenis yang pertama, kita mampu membeli dan mendapatkannya, semudah yang itu, jenis yang kedua ini, tentu sekali kita tidak mampu membeli atau berusaha mendaptkannya. That's the beauty of its. That things is come naturally, itu yang mahal. hurrrmmm.. skang 0530 dan saya tidak dapat tido lagi...

No comments:

Post a Comment