Friday, 12 August 2011

"Segmen: Memori Ramadhan by Sakura"




Ramadan adalah bulan favret saya. Bunyinya mungkin hipokrit bagi sesetengah orang. Tapi itulah kebenarannya, saya pon tak mampu untuk tipu diri sendiri untuk mengatakan bulan Syawal dan musim tengkujuh(nnt saya crite laen) adalah bulan yang paling saya suka.

Ok, kenapa bulan ramadan yang paling saya suka? Banyak sebab die, antara sebab yang paling utama adalah, MEMORI ramadan. Kalian semua mesti ada kisah2 yang tersendiri tentang bulan puasa kan?. Begitu juga saya, walaupun bukanlah bermaksud saya menjalani banyak peristiwa2 manis atau pahit. Ramadan saya kalau diikutkan biasa2 saje, cuma yang buat sy terpanggil untuk menulis arini adalah, Memori puasa dari tahun ke tahun.

Saya mulakan dari zaman kanak2 saya, zaman sekolah rendah, iaitu 1993-1998.



Sya mula berpuasa penuh sejak saya darjah 3, jadi seblum darjah 3, puasa saya kira xpenuh dan xcukuplah.
Saya ingat lagi masa kecil tu,  Pasar ramadan dulu bukan meriah macam sekarang, Saya biasa beli kuih2 untuk berbuka dikedai2 kat kg saya jer. Biase dlm pukul 4.30pm, saya kan bukak tv dan menonton Waktu berbuka puasa diseluruh Malaysia, saya suka musiknya, sayu jerr. Dari situ juga sy belajar perbezaan zon masa, yelah, sabah dan sarawak berbuka lagi awal dr tempat asal saya Terengganu. Masa berbuka masa yg ditunggu2, semua berbuka dengan penuh kesyukuran. Kami berbuka bersama, Banyak sikit, sedap tak sedap, sama2 kami hadapi dengan penuh kegembiraan. Air favret saya adalah air tebu. Biasa kalu beli, mesti kena beli banyak. Saya suka minum air banyak. Kalau makan sikit, sya xkesah, tapi minum mesti kena byak.

Lepas berbuka dan solat Isyak. Saya akan pergi ke Masjid untuk berterawikh. Masih dalam ingatan, pada zaman kenakanlan saya dulu, sy dan kawan2 saya pernah membina sebuah pondok kecil untuk menjadi tempat lepak kami. Sya xberape pandai bertukang, tapi ada kawan saya tu, Isang, pandai bertukang. Jadi lepas solat terawikh(atau tengah2 org terawih, hehe) kami akan lepak situ sambil2 main mercun. Jarak pondok tu ngam masjid 50m jer, hahah. Jadi memang suara2 kami yang bising ni akan kedengaran sampai ke masjid, jadi, bile balik rumah tentu kami akan dimrahi ibu bapa kami. Banyak yang akan kami bincangkan kat tempat tu, usik mengusik pasal pakwe makwe, bergaduh pasal benda yg bukan2 dan macam lah. Lepas dah habis org terawih, berduyun2 la kami naik ke masjid untuk moreh, hahahhaahha! teruk punya perangai. Lepas dah abis moreh, baru la kami perang main mercun. Mercun biasa kami beli kat kedai kg sebelah. Kedai kat kg kami xjual mercun. Rela kami naik beskal jauh2 untuk beli mercun. hahaaha. Bulan puasa zaman tu adalah zaman puasa yang paling meriah bagi kebyakan orang. Bulan Puasa juga, kampung sya biasa adakan majlis Namat(penamat) pada akhir ramadan.

 Kami sekg akan sama2 berbuka puasa di Masjid. Juadah berbuka biasanya dari tahun ke tahun. Gulai ayam/daging, ayam msak merah, kerisik hati dan acar timun. Kuih pulak, akok penganan. Kurma tu biasalah.. Memori satu lagi yang saya tak lupa adalah, time nak beli naju raya. Biasa, saya, mak dan adik2 akan naik bas ke bandar K.trg untuk shopping baju raya. Mama biasa jahitkan baju raya utuk adik2, tapi baju melayu saya, mama beli. selain baju melayu, mama juga kan beli baju t-shirt dan seluar baru utk sy. Gembira betul kami time tu, kami beli kuih2 dan kacang2 untuk raya. 

Zaman Sek men. (1999-2003)

Saya sekolah menengah kat asrama. Form 1, sy pernah sekolah di SMAASZA utuk 2 minggu. Masa saya daftar tu, Masa tu bulan puasa. Syahdunye, xusah cakaplah, baru nak kenal dunia asrama, memang homesick habis. Disiplin situ mmg ketat giler. Campur ramadan lagi, hahhaa mmg sukar digambarkan perasaan syahdu time tu. Pernah terjadi time tu, asrama saya dekat ngam jalan raya. Ade budak luar lepar mercun bola kedalam asrama. Habis terkejut semua penghuni asrama, siap ade baldi pecah lagi kena mercun. Dasat2. siap polis datang lagi. Lepas tu yang syahdu, of cos la mengira waktu nak balik kg untuk cuti raya. Haha, say dan kawan sy akan buat tanda kat kalendar lagi. Lepas raya, sy pindah sekolah, sy pergi ke mrsm Yt Dungun. Sya suka beli majalah Gempak pada waktu itu, kalu Apo dan Ujang ni, sy biasa beli yang bumper puasa dan raya jer. Umm, best gak bace pengalamn kartunis ni beraya. 



Zaman Universiti(2004-Sekarang)

Zaman ini adalah zaman sy kenal dunia. Sya belajar jauh dr Terengganu, Sy belajar di Penang. Sy xingt bayk memori time ni, mungkin kurang memori yang mengesankan. Memori yg saya ingat pon, memori beli baju raya  ngam kawan2 saya. Pernah sekali tu, ade kawan sy merayu nak beli baju yang sy pilih tu, hahahaha, sorry, aku jumpa dulu, jangan harap:P Zaman ini juga, sy dah pandai beli baju raya kat bap saya. Selain tu, istilah "open table", biasa tiap2 bulan pose sesekali kami akan bukak pose di restoran, dan kami pesan menu yg mahal2(kawan2 non muslim dan muslim yg xpose pon join sekali..hahaha) . Hahaha. jarang2 sekali la.. Selain open table, memori beli tiket balik raya. hahhaha, memang kami cukup berhati2 ttg tiket ni, ala.. kut2 habis, xbalik raya kami. Tahun lepas, time cuti sem, sy kerja securiti kat Intel, walaupun 3 bulan, sy dah mampu beli kereta kancil. Tersengih mama dan bap, bile tgk anak sulung die yg belum habis belajar ni dah bole pakai kereta(walaupun kancil jerr).

Zaman sekarang (Ogos 2011) Internship kat Infineon, kulim.

Bile da mula praktikal ni, saya lebih tumpukan pada kerja. Menjadi perkara biasa, sy mula berbuka pukul 8mlm. Tapi, alhamdulilah, 2;3 arini mentor saya bagi balik awal sikit dlm pukul 5.30pm, Bolehlah sy gi bazaar ramadan, beli ape2 yang patut. Tp tu la, puasa skang ni, makanan dah mahal2. Sy pulun beli nasi kerabu, dah 5 ari dah saya berbuka kerabu jer. Hari2 kerabu. Untuk save sket bajet makan, sy beli ikan temenung lemak sekilo,  sy goreng sendiri. Ttg nasi, tu still ok la, nasi kerabu kosng, dlm rm2 jer, byk plak tu, yang mahalnya lauk. So, ttg save tu, save xbyk, tapi puas ati buleh ratah ikan goreng tu byk2. hehe.



Tulah, memori saya bulan ramadan, Panjang kan, paling panjang part time kecil2 sekolah rendah. Sangat mengesankan.



Thursday, 16 June 2011

kawen...kawen...

gambar kezenku akad nikah dengan kezen iparku


dah lama tak tulis blog. 2 minggu balik kg. Seronok!, setelah 4 bulan saya tak balik. Cuti kali ni saya manfaat secukupnya. Seriusly, saya memang dah 2;3 kali nak tulis blog, tapi tak ada idea. Nasib baik ada yang sudi bagi idea tadi. 

Urmm, cuti kali ni, saya dapat belajar byk perkara ttg perkahwinan. Kezen saya kawen. Jadi, saya banyak menolong dalam majlis itu. Kezen saya iaitu Aizat, adalah seseorg yang sgt rapat dengan saya dari kecil lagi. Mmg kerapatan kami sehinggakan semua perkara baik dan jahat(especially..hehe) mmg kami same2 lakukan. Sebagai sepupu yang sebaya dan samer umur, mmg kami sentiasa dibanding2kan sejak kecil lagi. 
Terus terang saya katakan, mmg saya rindukan zaman kecil2 dulu. Tapi bukan itu yang patut saya tulis kali ni, kerana entri ini mengenai perkahwinan.

Apa yang saya nampak, perkahwinan dari persepsi pengantin lelaki, adalah DUIT. Sangat tidak dinafikan, bahkan, kezen saya menagkui, kos keseluruhan utk sebuah majlis yang sedrhana(termasuk semua belanja kahwin) adalah RM30,000. Wahhh.. byk tuu.

Belanja dari wang hantaran, kad kawin, "bek wah", perlu diteliti semua, supaya tiada kurang didalam majlis itu. walaupun sudah cukup membeli semua perkara, mesti ada yang tidak cukup. Percaya atau tidak, saya sendiri yang shops item2 yang tidak cukup itu pada hari perkahwinan itu. Dan seperti apa yang biasa sya lalui dlm mane2 majlis perkahwinan pon. Tiada yang majlis yang sempurna. Mesti ada cacatnya sedikit2. Biasa org yang berada didlm kelompok sedar akan hal ini. Tapi ttg perkahwinan di hotel, saya tak tahu menahu lgsung. Yang saya maksudkan ini adalah perkahwinan secara melayu kampung.

Disamping mendapat keletihan yang melampau, keseronokan juga adalh satu yang pasti dalam acara majlis ini.  
Lagi2 untuk perantau seperti saya ini, kesempatan inilah saya akan bertanya kabar dan bergaul dgn sedara mara yang setahun sekali jumpa. Pasti byk yang ingin dicerita kongsikan. 

Tentu sekali, sebagai sepupu yang rapat, dan selalu dibandingkan. Membuatkan saya diusik dengan banyak pertanyaan seperti "Bila lagi nak kawen?". "Ketinggalan ke". Hahaha, sepeti biasa, apabila mendapat ancaman pertanyaan sedemikian, cabut lari secara bersopan adalh satu option yang terbaik yang mampu sy fikirkan. 

Sukar untuk menjawab pertanyaan sedemikian, kerana diri ini tiada calon yang sudi. Yalah, byk sgt kekurangan. Kerja pon belum, belajar pon xabis lagi..yang ade cume kegatalan jer.. hahhahaa,lagi parah, kegatalan itu, gatal sorang2. Sia sia dan kesian. 

Friday, 27 May 2011

senyummu itu

senyummu itu

berpaling aku dari kenyataan
tatkala melihat senyummu itu
indah..
sungguh indah
sungguh indah senyummu 
yang tak pernah aku lihat

halusinasi menampakkan imej
tapi senyummu itu tiada imej
cuma indah dalam fikirku

ku
melihat senyummu dalam fikirku
dalam imaginasi yang tiada berimej ini....

Wednesday, 25 May 2011

Tak guner punyer Gunner!!!



Saya adalh seorg penyokong Arsenal yang extreme!! Saya mengaku, dan amat arif, tak ada apa faedah dan keuntungan pon jadi fan football team ni, especially team luar, tapi itulah, diri saya ni, sudah sedar dan tahu, tapi tak pandai nak serik. Hahahaha, dah 7 tahun arsenal tak menang ape!! aduyaiiiii!! dah 4 helai jersi beli, punye la support, tiap2 weekend pi tgk match..(hehhe kat astro lerr, xkan la kat emirates :P) Paling beshh, taun depan, clichy, denilson nagm fabregas dah cabut gi klab lain. Tp tu laaa, mmg saya ni dilahirkan degil kot, still ada perasaan kesetiaan dihati untuk terus percaya pada kemampuan klab ni, especially arsene wenger!!
harap2 season depan lekat gak satu cup



IN ARSENE WE TRUST!!!

Friday, 20 May 2011

Love confession is a declaration of war....



Ungkapan ini, saya ambil dari sebuah manga bertajuk Kimi No Iru Machi. Sangat sangat menarik, walaupun manga itu adalah jenis bacaan yg ringan, tapi ungkpan ini membuatkan sy berfikir dalam.. Kenapa byk org kaitkan cinta dan perang ini dua benda yang sama sifatnya. Selain ungkapan itu, ade lagi ungkapan ini, "There is nothing wrong between love and war", yang ni selalu kita dengar. Tiada yang salah diantara cinta dan peperangan. Maksudnya dalam berperang dan bercinta tiada apa yang ada salah betulnya, yang penting outcome at the end. Urmm.. ungkapan ini amat machiovillian(arap2 betul saya eja tu :p) Kiranya, merancang,menipu, adalh dibenarkan dalam berperang dan bercinta. Saya tidak bersetuju dengan ungkapan ini, tetapi itulah realiti moral apabila bercinta dan berperang, tidak boleh setulus2nya, nanti kita akan berada di tempat yang kalah. ok, berbalik kepada ungkapan tajuk diatas.."Love confession is a declaration of war". Sifat kedua2nya sama. Bukan senang nak confess cinta dan nak declare perang ni. Sebelum nak buat, kena fikir betul2, tak leh nak main redah jer. Sebab taruhannya sangat besar nilainya iaitu "Jiwa". Ketika nak confess cinta dan declare perang, penconfess dan pendeclare tu mesti dah ade perasaan yang mendesak bahawa dia akan menang dalam pertaruhan besar itu. Bukan mudah sesungguhnya, tapi apabila sampai masa dan waktunya, yang mana apabila tidak dapat dielakkan lagi. Ia akan dilakukan juga, samada apa jenis perasaan pon, bimbang, gembira, takut, berani ia tetap juga perlu dilakukan. dan ia dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Secara direct atau indirect, yang penting sampai maksudnya. Semoga suatu hari nanti kalau saya berpeluang samada confess cinta atau declare perang, saya kan lakukannya pada orang yang mempunyai perasaan yang sama dengan sya. Kerana, saya yakin perasaan ditolak cinta ini sememangnya sama teruknya dengan kalah dalam peperangan sebenar..

Friday, 13 May 2011

0530..




..skang 0530 dan saya tidak dapat tidur lagi..dua3 arini, berseronok jer. tgk movie kat pangung, main game FM, tgk movie kat laptop, call adik2.tp entahlah, hati ni pulak tidak berasa seronok, rasa kosong..ada orang kata, isilah hati itu dengan sesuatu, kerohanian, kegembiraan ciptaan sendiri. Boleh jerr kalu setakat nak isi, tapi boleh stay ke semua tu?

 Itulah apa yang kita manusia tidak boleh kawal, ketetapan hati. Hati ini kita bole isi, dan kita mapu mengawal pengisian itu, tetapi untuk membiarkan ia tetap dgn isian itu dan boleh terus berhidup dengan isian itu, adalah mustahil. Hati ini adalah, seprti enjin, dan enjin memerlukan bahanapi untuk terus hidup. Kita boleh kawal bahanapi itu untuk prestasi enjin, kita bole pakai ron95 atau ron97, kita bole pilih, tapi untuk berharap bahanapi itu terus berada dalam enjin itu tanpa luak, itu adalah mustahil. Jadi, apa bahan api untuk hati adalah? 

Saya tak berani menetapkan secara spesifik bahan api utuk hati, tapi sya dapat rasa ada 2 jenis bahanapi utuk hati, pertama, yang tak tahan lama, dan kedua, jenis yang tahan lama. Jenis yang pertama,, kita boleh kawal sesuka hati kita, senang didapati, contoh filem, makanan, result exam yang bagus, dan bergurau senda denagn kwn2. Kita tentu akan rasa gembira dan seronok tapi, itulah, perasaan ini tidak kekal lama. Ia perlu isian semula.

Jenis yang kedua, jenis yang tahan lama, ia tentunya berkaitan dengan perasaan, yang berbekas dihati, Ia tentu sekali, tidak dapat dikawal dengan mudah, itulah thrill dan faktor membuatkannya berbekas kuat didalam hati. Ia adalah bahanapi yg berkualiti,tidak seprti jenis yang pertama, kita mampu membeli dan mendapatkannya, semudah yang itu, jenis yang kedua ini, tentu sekali kita tidak mampu membeli atau berusaha mendaptkannya. That's the beauty of its. That things is come naturally, itu yang mahal. hurrrmmm.. skang 0530 dan saya tidak dapat tido lagi...

Sunday, 8 May 2011

Sangat sangat Gumbira..........



Alhamdulillah, syukur, Entri ini mengenai kegembiraan saya setelah berjaya lulus dalam presentation FYP Bachelor ni, Terlalu banyak sangat rintangan dan kepayahan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sudahlah kena represent, present time nak final exam plak tuh, Teruk2. Di sini saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada Supervisor saya En Khairul shahril, Panel En Zainal dan Encik Akmal. Kerana beri saya peluang kedua. Terima kasih banyak encik.

hahahah, walaupun ade 2 paper lagi, esok dan lusa(genting gilerrr tuhh) tapi saya still rasa sgt2 happy kerna melepasi presentation tu.  Ade kawan saya bertanye apa tahap kegembiraaan kamu tu? Saya bertanya balik, ape yang dimaksudkannya, dia ckp, kamu gembira seprti...? Saya masih tidak faham, lalu meminta dia bagi contoh lalu die listkan beberapa contoh.

1. Saya gembira seperti saya baru lepas eksiden tp kereta saya tak calar langsung.
2. Saya gembira sperti saya baru dapat jd pakwe kepada  awek yg dah lama saya idam2 kan,
3. Saya sgt gembira sekarang sehingga kalau ade mane2 perempuan yang nak settle down nagm saya, saya nescaya akn hantar rombongan peminangan.

owhh, itu rupanya maksud kwn sy, saya dapt rasakn ketiga3 contoh itu contoh yang sgt gembira, lalu saya cuba mereka kegembiraan sya sendiri.

1. saya rasa sgt gembire sehingga, kalaulah sy ade awek, dan awek tu mintak putus dgn saya, saya akan still rasa sgt gembira.
2. Saya rasa sgt gembira sehingga kalu ade sape lempang saya, saya takkan marah kepada org tu.

Kawan saya termangu2. Dia megkritik saya dengan mengatakan cara pemikran sy sgt negatif dan kompleks, Walaupun sy kurang berstuju dengan kritikan die tu, tp ade betulnye jugak, kenapa sy tidak memilih yg simple seprti "saya rasa sgt gembira sehingga saya nak pergi ke kfc, dan mkan kat kfc" bukankah itu lebih simple. Giliran saya pulak termangu2..

kawan sy tersenyum,berkata, kamu patut cakap td yg lebih simple dan positif.iaitu

"SAYA RASA SANGAT GEMBIRA TADI SEPERTI SAYA BARU SAJA MELEPASI PRESENTATION FYP"

hahhahaha, saya sgt bersetuju dengan kata kawan saya itu...