Thursday 16 June 2011

kawen...kawen...

gambar kezenku akad nikah dengan kezen iparku


dah lama tak tulis blog. 2 minggu balik kg. Seronok!, setelah 4 bulan saya tak balik. Cuti kali ni saya manfaat secukupnya. Seriusly, saya memang dah 2;3 kali nak tulis blog, tapi tak ada idea. Nasib baik ada yang sudi bagi idea tadi. 

Urmm, cuti kali ni, saya dapat belajar byk perkara ttg perkahwinan. Kezen saya kawen. Jadi, saya banyak menolong dalam majlis itu. Kezen saya iaitu Aizat, adalah seseorg yang sgt rapat dengan saya dari kecil lagi. Mmg kerapatan kami sehinggakan semua perkara baik dan jahat(especially..hehe) mmg kami same2 lakukan. Sebagai sepupu yang sebaya dan samer umur, mmg kami sentiasa dibanding2kan sejak kecil lagi. 
Terus terang saya katakan, mmg saya rindukan zaman kecil2 dulu. Tapi bukan itu yang patut saya tulis kali ni, kerana entri ini mengenai perkahwinan.

Apa yang saya nampak, perkahwinan dari persepsi pengantin lelaki, adalah DUIT. Sangat tidak dinafikan, bahkan, kezen saya menagkui, kos keseluruhan utk sebuah majlis yang sedrhana(termasuk semua belanja kahwin) adalah RM30,000. Wahhh.. byk tuu.

Belanja dari wang hantaran, kad kawin, "bek wah", perlu diteliti semua, supaya tiada kurang didalam majlis itu. walaupun sudah cukup membeli semua perkara, mesti ada yang tidak cukup. Percaya atau tidak, saya sendiri yang shops item2 yang tidak cukup itu pada hari perkahwinan itu. Dan seperti apa yang biasa sya lalui dlm mane2 majlis perkahwinan pon. Tiada yang majlis yang sempurna. Mesti ada cacatnya sedikit2. Biasa org yang berada didlm kelompok sedar akan hal ini. Tapi ttg perkahwinan di hotel, saya tak tahu menahu lgsung. Yang saya maksudkan ini adalah perkahwinan secara melayu kampung.

Disamping mendapat keletihan yang melampau, keseronokan juga adalh satu yang pasti dalam acara majlis ini.  
Lagi2 untuk perantau seperti saya ini, kesempatan inilah saya akan bertanya kabar dan bergaul dgn sedara mara yang setahun sekali jumpa. Pasti byk yang ingin dicerita kongsikan. 

Tentu sekali, sebagai sepupu yang rapat, dan selalu dibandingkan. Membuatkan saya diusik dengan banyak pertanyaan seperti "Bila lagi nak kawen?". "Ketinggalan ke". Hahaha, sepeti biasa, apabila mendapat ancaman pertanyaan sedemikian, cabut lari secara bersopan adalh satu option yang terbaik yang mampu sy fikirkan. 

Sukar untuk menjawab pertanyaan sedemikian, kerana diri ini tiada calon yang sudi. Yalah, byk sgt kekurangan. Kerja pon belum, belajar pon xabis lagi..yang ade cume kegatalan jer.. hahhahaa,lagi parah, kegatalan itu, gatal sorang2. Sia sia dan kesian. 

No comments:

Post a Comment