Setelah 12 tahun! Inilah kali pertama saya terasa homesick(malu nk ngaku tp skang ni tgh homesick teruk ni). Last time saya homesick tika saya kat Smaasza. Memang sgt2 terasa nak balik rumah. Tapi ketika tu, rumah saya dekat jer, tp still saya tak balik sebab disiplin asrama. Tapi arini len mcm, bangun2 tido jerr, terasa jantung direnggut pilu(haha..sissy gilerr). Tapi tu la, tak pernah2 rasa mcm ni, tiba2 jadi pulak. Sebetulnya saya dah 6 tahun merantau di utara ni. Saya dah biasa dengan kehidupan saya disini. Jadi ttg perasaan keselesaan tu bukan menjadi masalah bagi saya. Mungkin tekanan tempat praktikal mencetuskan perasaan bangang tidak keruan ini. Untuk meredakan perasaan menggila ni, saya calling individu yg rapat dgn saya, bap,sepupu dan kawan. Kawan saya mencadangkan, "U should get a gf bro, or else u ll endup gay". Walpak! Nasib baik die jauh, kalu x, dah lame kene makan pelempang. Kalu ikutkan hati, mmg la saya nak ada makwe, tapi nak uat camner, dah masa ni masa single. Bukan rezeki saya lagi kot. Tapi tu la, kalu ade awek pown, bukan senang nak menghapus perasaan homesick ni, Jadi, saya tulis blog arini untuk meredakan perasaan ini. Kadang2 tu, saya tergelak sendirian, dah tua-tua pown nak homesick lagi. Apa daa~
Saturday, 24 September 2011
Monday, 19 September 2011
Apabila kehampaan itu bukan sekadar ketiadaan..
Seperti membezakan antara keinginan dan kesanggupan, dua perkataan yang berkait rapat dengan pencapaian. Keinginan kelihatannya bebas dari komitmen, tidak ada ikatan janji dan lebih mudah diwujudkan. Berlainan dengan kesanggupan, ia hadir dengan keberanian dan kenekadan. Maka kewujudannya amat jarang. Berbalik kepada kehampaan, ia bukan sekadar ketiadaan, Kehampaan dapat dicerna, dan ditelan. Bezanya, menelan dan mencerna kehampaan ini tidak mengenyangkan. Ia tidak mampu mengisi kebuluran hati. Ia hanya meluaskan lagi ruang pengharapan.
"kudos to syahida hassan, she s a talented writer."
Friday, 16 September 2011
Infineon..
..mula bekerja 1 hari selepas saya balik dari cuti beraya dikg membuatkan saya terfikir, adakah ini kehidupan perantau lain memikul dunia pekerjaan? Hampeh dan sedikit menyedihkan, sungguh tak puas hati. Seriusly, itu yang saya dpt katakan skang, meskipun masih belum sepenuhnye saya bekerja, tetapi, itulah pendapat saya. Bahkan, terdapt beberape kwn saya semasa beraya aritu bertanya2 ttg peluang pekerjaan di Terengganu, masing2 sudah bosan dengan kehidupan perantauan. Semua rindukan kehidupan dikg. Saya pun berpendapatt demikian, namun, saya tahu, sebagai seorg manusia biasa, saya xmampu memiliki semua ape yg sy kehendaki. Mesti ade yg patut dikorbankan untuk mencapai sesuatu. Saya xnafikan, inilah pekerjaan yg saya inginkan selama ini. Engineer. Itulah cita2 saya setahun yg lepas, sebelum ini, kehidupan saya adelah tanpa haluan, dan kurang bercita2 tinggi. Semuanya terima kasih kepada kerja Security guard(or abah call it "jaga") membuatkan saya tahu dan mahu menceburkan diri dlm dunia seorg Jurutera.
Friday, 12 August 2011
"Segmen: Memori Ramadhan by Sakura"
Ramadan adalah bulan favret saya. Bunyinya mungkin hipokrit bagi sesetengah orang. Tapi itulah kebenarannya, saya pon tak mampu untuk tipu diri sendiri untuk mengatakan bulan Syawal dan musim tengkujuh(nnt saya crite laen) adalah bulan yang paling saya suka.
Ok, kenapa bulan ramadan yang paling saya suka? Banyak sebab die, antara sebab yang paling utama adalah, MEMORI ramadan. Kalian semua mesti ada kisah2 yang tersendiri tentang bulan puasa kan?. Begitu juga saya, walaupun bukanlah bermaksud saya menjalani banyak peristiwa2 manis atau pahit. Ramadan saya kalau diikutkan biasa2 saje, cuma yang buat sy terpanggil untuk menulis arini adalah, Memori puasa dari tahun ke tahun.
Saya mulakan dari zaman kanak2 saya, zaman sekolah rendah, iaitu 1993-1998.
Sya mula berpuasa penuh sejak saya darjah 3, jadi seblum darjah 3, puasa saya kira xpenuh dan xcukuplah.
Saya ingat lagi masa kecil tu, Pasar ramadan dulu bukan meriah macam sekarang, Saya biasa beli kuih2 untuk berbuka dikedai2 kat kg saya jer. Biase dlm pukul 4.30pm, saya kan bukak tv dan menonton Waktu berbuka puasa diseluruh Malaysia, saya suka musiknya, sayu jerr. Dari situ juga sy belajar perbezaan zon masa, yelah, sabah dan sarawak berbuka lagi awal dr tempat asal saya Terengganu. Masa berbuka masa yg ditunggu2, semua berbuka dengan penuh kesyukuran. Kami berbuka bersama, Banyak sikit, sedap tak sedap, sama2 kami hadapi dengan penuh kegembiraan. Air favret saya adalah air tebu. Biasa kalu beli, mesti kena beli banyak. Saya suka minum air banyak. Kalau makan sikit, sya xkesah, tapi minum mesti kena byak.
Lepas berbuka dan solat Isyak. Saya akan pergi ke Masjid untuk berterawikh. Masih dalam ingatan, pada zaman kenakanlan saya dulu, sy dan kawan2 saya pernah membina sebuah pondok kecil untuk menjadi tempat lepak kami. Sya xberape pandai bertukang, tapi ada kawan saya tu, Isang, pandai bertukang. Jadi lepas solat terawikh(atau tengah2 org terawih, hehe) kami akan lepak situ sambil2 main mercun. Jarak pondok tu ngam masjid 50m jer, hahah. Jadi memang suara2 kami yang bising ni akan kedengaran sampai ke masjid, jadi, bile balik rumah tentu kami akan dimrahi ibu bapa kami. Banyak yang akan kami bincangkan kat tempat tu, usik mengusik pasal pakwe makwe, bergaduh pasal benda yg bukan2 dan macam lah. Lepas dah habis org terawih, berduyun2 la kami naik ke masjid untuk moreh, hahahhaahha! teruk punya perangai. Lepas dah abis moreh, baru la kami perang main mercun. Mercun biasa kami beli kat kedai kg sebelah. Kedai kat kg kami xjual mercun. Rela kami naik beskal jauh2 untuk beli mercun. hahaaha. Bulan puasa zaman tu adalah zaman puasa yang paling meriah bagi kebyakan orang. Bulan Puasa juga, kampung sya biasa adakan majlis Namat(penamat) pada akhir ramadan.
Kami sekg akan sama2 berbuka puasa di Masjid. Juadah berbuka biasanya dari tahun ke tahun. Gulai ayam/daging, ayam msak merah, kerisik hati dan acar timun. Kuih pulak, akok penganan. Kurma tu biasalah.. Memori satu lagi yang saya tak lupa adalah, time nak beli naju raya. Biasa, saya, mak dan adik2 akan naik bas ke bandar K.trg untuk shopping baju raya. Mama biasa jahitkan baju raya utuk adik2, tapi baju melayu saya, mama beli. selain baju melayu, mama juga kan beli baju t-shirt dan seluar baru utk sy. Gembira betul kami time tu, kami beli kuih2 dan kacang2 untuk raya.
Zaman Sek men. (1999-2003)
Saya sekolah menengah kat asrama. Form 1, sy pernah sekolah di SMAASZA utuk 2 minggu. Masa saya daftar tu, Masa tu bulan puasa. Syahdunye, xusah cakaplah, baru nak kenal dunia asrama, memang homesick habis. Disiplin situ mmg ketat giler. Campur ramadan lagi, hahhaa mmg sukar digambarkan perasaan syahdu time tu. Pernah terjadi time tu, asrama saya dekat ngam jalan raya. Ade budak luar lepar mercun bola kedalam asrama. Habis terkejut semua penghuni asrama, siap ade baldi pecah lagi kena mercun. Dasat2. siap polis datang lagi. Lepas tu yang syahdu, of cos la mengira waktu nak balik kg untuk cuti raya. Haha, say dan kawan sy akan buat tanda kat kalendar lagi. Lepas raya, sy pindah sekolah, sy pergi ke mrsm Yt Dungun. Sya suka beli majalah Gempak pada waktu itu, kalu Apo dan Ujang ni, sy biasa beli yang bumper puasa dan raya jer. Umm, best gak bace pengalamn kartunis ni beraya.
Zaman Universiti(2004-Sekarang)
Zaman ini adalah zaman sy kenal dunia. Sya belajar jauh dr Terengganu, Sy belajar di Penang. Sy xingt bayk memori time ni, mungkin kurang memori yang mengesankan. Memori yg saya ingat pon, memori beli baju raya ngam kawan2 saya. Pernah sekali tu, ade kawan sy merayu nak beli baju yang sy pilih tu, hahahaha, sorry, aku jumpa dulu, jangan harap:P Zaman ini juga, sy dah pandai beli baju raya kat bap saya. Selain tu, istilah "open table", biasa tiap2 bulan pose sesekali kami akan bukak pose di restoran, dan kami pesan menu yg mahal2(kawan2 non muslim dan muslim yg xpose pon join sekali..hahaha) . Hahaha. jarang2 sekali la.. Selain open table, memori beli tiket balik raya. hahhaha, memang kami cukup berhati2 ttg tiket ni, ala.. kut2 habis, xbalik raya kami. Tahun lepas, time cuti sem, sy kerja securiti kat Intel, walaupun 3 bulan, sy dah mampu beli kereta kancil. Tersengih mama dan bap, bile tgk anak sulung die yg belum habis belajar ni dah bole pakai kereta(walaupun kancil jerr).
Zaman sekarang (Ogos 2011) Internship kat Infineon, kulim.
Bile da mula praktikal ni, saya lebih tumpukan pada kerja. Menjadi perkara biasa, sy mula berbuka pukul 8mlm. Tapi, alhamdulilah, 2;3 arini mentor saya bagi balik awal sikit dlm pukul 5.30pm, Bolehlah sy gi bazaar ramadan, beli ape2 yang patut. Tp tu la, puasa skang ni, makanan dah mahal2. Sy pulun beli nasi kerabu, dah 5 ari dah saya berbuka kerabu jer. Hari2 kerabu. Untuk save sket bajet makan, sy beli ikan temenung lemak sekilo, sy goreng sendiri. Ttg nasi, tu still ok la, nasi kerabu kosng, dlm rm2 jer, byk plak tu, yang mahalnya lauk. So, ttg save tu, save xbyk, tapi puas ati buleh ratah ikan goreng tu byk2. hehe.
Tulah, memori saya bulan ramadan, Panjang kan, paling panjang part time kecil2 sekolah rendah. Sangat mengesankan.
Thursday, 16 June 2011
kawen...kawen...
dah lama tak tulis blog. 2 minggu balik kg. Seronok!, setelah 4 bulan saya tak balik. Cuti kali ni saya manfaat secukupnya. Seriusly, saya memang dah 2;3 kali nak tulis blog, tapi tak ada idea. Nasib baik ada yang sudi bagi idea tadi.
Urmm, cuti kali ni, saya dapat belajar byk perkara ttg perkahwinan. Kezen saya kawen. Jadi, saya banyak menolong dalam majlis itu. Kezen saya iaitu Aizat, adalah seseorg yang sgt rapat dengan saya dari kecil lagi. Mmg kerapatan kami sehinggakan semua perkara baik dan jahat(especially..hehe) mmg kami same2 lakukan. Sebagai sepupu yang sebaya dan samer umur, mmg kami sentiasa dibanding2kan sejak kecil lagi.
Terus terang saya katakan, mmg saya rindukan zaman kecil2 dulu. Tapi bukan itu yang patut saya tulis kali ni, kerana entri ini mengenai perkahwinan.
Apa yang saya nampak, perkahwinan dari persepsi pengantin lelaki, adalah DUIT. Sangat tidak dinafikan, bahkan, kezen saya menagkui, kos keseluruhan utk sebuah majlis yang sedrhana(termasuk semua belanja kahwin) adalah RM30,000. Wahhh.. byk tuu.
Belanja dari wang hantaran, kad kawin, "bek wah", perlu diteliti semua, supaya tiada kurang didalam majlis itu. walaupun sudah cukup membeli semua perkara, mesti ada yang tidak cukup. Percaya atau tidak, saya sendiri yang shops item2 yang tidak cukup itu pada hari perkahwinan itu. Dan seperti apa yang biasa sya lalui dlm mane2 majlis perkahwinan pon. Tiada yang majlis yang sempurna. Mesti ada cacatnya sedikit2. Biasa org yang berada didlm kelompok sedar akan hal ini. Tapi ttg perkahwinan di hotel, saya tak tahu menahu lgsung. Yang saya maksudkan ini adalah perkahwinan secara melayu kampung.
Disamping mendapat keletihan yang melampau, keseronokan juga adalh satu yang pasti dalam acara majlis ini.
Lagi2 untuk perantau seperti saya ini, kesempatan inilah saya akan bertanya kabar dan bergaul dgn sedara mara yang setahun sekali jumpa. Pasti byk yang ingin dicerita kongsikan.
Tentu sekali, sebagai sepupu yang rapat, dan selalu dibandingkan. Membuatkan saya diusik dengan banyak pertanyaan seperti "Bila lagi nak kawen?". "Ketinggalan ke". Hahaha, sepeti biasa, apabila mendapat ancaman pertanyaan sedemikian, cabut lari secara bersopan adalh satu option yang terbaik yang mampu sy fikirkan.
Sukar untuk menjawab pertanyaan sedemikian, kerana diri ini tiada calon yang sudi. Yalah, byk sgt kekurangan. Kerja pon belum, belajar pon xabis lagi..yang ade cume kegatalan jer.. hahhahaa,lagi parah, kegatalan itu, gatal sorang2. Sia sia dan kesian.
Friday, 27 May 2011
senyummu itu
senyummu itu
berpaling aku dari kenyataan
tatkala melihat senyummu itu
indah..
sungguh indah
sungguh indah senyummu
yang tak pernah aku lihat
halusinasi menampakkan imej
tapi senyummu itu tiada imej
cuma indah dalam fikirku
ku
melihat senyummu dalam fikirku
dalam imaginasi yang tiada berimej ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)







